Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kurang dari 10 hari masyarakat Muslim akan menyambut Aidilfitri. Disunatkan pada pagi hari Aidilfitri, setiap individu jika mampu (tunai) memakai pakaian baru.
Apabila kita mencari keberkatan Allah kita tidak rasa tertekan dengan bebanan kos menyediakan keperluan menyambut hari Aidilfitri.
Apabila kita mencari kemegahan bagi ditayangkan di hadapan tetamu dan jiran, kedatangan Aidilfitri yang menjadi penyebab kerana kita berbelanja besar dan berhutang.
Semoga pada tahun ini, semakin banyak individu yang mengunakan duit secara tunai ataupun mengunakan kad debit bagi membuat pembelian keperluan raya terutama baju raya.
Semoga semakin berkurangan individu yang mengambil pinjaman peribadi bagi menyambut Aidilfitri.
Semoga semakin berkurangan individu yang mengunakan kad hutang (kredit) bagi menunjuk-nunjukkan baju raya.
Semoga semakin berkurangan individu yang menayangkan kelengkapan rumah yang baru sempena raya yang dibeli secara hutang (bayar ansur-ansur)
Semoga semakin berkurangan individu yang membeli baju RAYA bagi menonjolkan siapa lebih kaya dan ada ‘class’.
Tanpa langsir, sofa, hiasan ‘raya’ kita masih mendapat keberkatan kerana keberkatan Aidilfitri hanyalah tertumpu kepada sembahyang sunat Aidilfitri dan ketampanan ataupun kejelitaan sosial yang dipersembahkan ketika melayani tetamu dan ketika kita menziarahi rumah orang lain.
Semoga kita semua diberi kemudahan bagi membeli baju baru untuk kita sekeluarga tetapi bukan baju raya.
Berhati-hati dengan duit raya yang digunakan bagi membakar ‘duit’. Apakah hukum dalam Islam jika kita membakar duit ? Apa tindakan Allah apabila kita membakar duit dengan penuh gembira. Perhatikan mercun dan bunga api yang dibakar? Apa yang sebenarnya kita bakar?
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
1 comments on “Bajet Raya Untuk Kaum Muslimin”