Ketika ini di mana sahaja kita berada, skim-skim yang ‘membantu’ kita bertukar wajah mencari kita. Masjid-masjid menjadi antara tempat mereka memasarkan skim-skim menukarkan wajah. Teringat kisah Michael Jackson.
Ketika ini banyak individu dan kumpulan yang memasarkan skim-skim bagi menukarkan wajah ‘miskin’ kita kepada ‘wajah kaya’. Antaranya adalah dengan memamparkan isu-isu yang dapat mencuit emosi kita seperti berikut :
Bagaimana anda menyambut hari raya?
- Balik kampung dengan kancil
- Baju raya hanya sepasang
- Bagi duit raya cuma RM 1 seorang
- Kuih raya pun bukan yang ada kelas
Bagaimana jika anda diberi peluang menyambut hari raya tahun ini seperti berikut
- Balik kampung dengan BMW @ Mercedez Benz
- Baju raya sedozen untuk setiap isteri dan anak
- Bagi duit raya RM 5-10 setiap orang yang datang beraya
- Kuih raya yang bertaraf rumah Dato’-Dato’
Ini di antara skim-skim yang menanti dan mempengaruhi individu yang merasakan wajah mereka masih tidak elok.
Insyaa-Allah tips merayakan hari raya pada tahun ini akan dimasukkan dalam entri sebelum bulan puasa menjelma. Insyaa-Allah.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
2 comments on “Skim-Skim Bertukar Wajah Menanti Kita”