Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Apabila hari ini kita mula berpuasa, senarai keperluan berpuasa dan raya sudah terbit di skrin minda kita. Pagi ini pun kita mungkin sudah mengesahkan makanan dan minuman tambahan untuk dibeli bagi majlis berbuka kita nanti.
Jika ianya berlebihan yang mengakibat membazir itu tiada keberkatan. Makanan yang dibeli dari kedai Muslim juga ada keberkatan dan juga memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah yang ditetapkan oleh pencipta manusia.
Makan sampai terlebih kenyang itu sudah menghilangkan keberkatan dan mengundang godaan nafsu supaya semakin bermaharajalela.
Jika kita membuat senarai keperluan yang ingin dibeli ketika waktu berpuasa, senarai itu menjadi lebih panjang dan juga membuatkan kita berbelanja lebih.
Senarai belian sama ada untuk berbuka ataupun keperluan lain termasuk baju raya, bagus dibuat ketika selepas berbuka ataupun ketika sudah bersahur tetapi masih dalam waktu sahur.
Keperluan raya seperti baju dan sebagainya. Buat satu senarai tentang segala kos bagi menyambut raya seperti, baju raya, duit raya untuk ibubapa, anak-anak saudara, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, orang miskin, orang susah dan yang memerlukan.
Raya yang penuh dengan keberkatan apabila kita dapat sembahyang sunat Aidilfitri, kita dapat sembahyang Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak ‘on time’. Paling bagus jika setiap kedatangan waktu sepanjang raya itu (ketika masih bercuti) dilakukan secara berjemaah.
Antara keperluan raya yang digalakkan oleh halaman www.shamsuddinkadir.com adalah seperti berikut :
- Zakat Fitrah.
- Tambang ataupun kos balik kampung (jika terlibat)
- Pakaian baru yang selesa untuk sekeluarga, 1-3 pasang.
- Kuih Muih sekadar yang kita mampu.
- Duit Raya untuk yang mereka yang memerlukan
Konsep tukar kereta baru, langsir baru, sofa baru, perhiasan rumah yang baru sama sekali tidak digalakkan oleh SK kerana ianya banyak menimbulkan ketidakselesaan orang lain yang tidak dapat menyediakan yang baru seperti mana kita. Adik beradik, jiran, saudara mara mungkin merasa tidak selesa.
Tetapi jika kereta kita sudah tenat sangat dan keperluan rumah sudah rosak ataupun sudah tidak dapat digunakan, elok diganti jika ada duit.
Halaman ini secara 100% tidak menyarankan kepada Tuan dan Puan untuk melibatkan diri dengan BARAH-BARAH KEWANGAN YANG SEDANG MEREBAK DENGAN AMAT DAHSYAT. Iaitu
- Skim Ansuran Mudah – Beli barangan secara ansuran
- Pinjaman Peribadi
- Kad Kredit – Belanja secara berhutang dan mengunakan kad kredit yang tidak Islamik
Raya dipenuhi dengan 1001 keberkatan, apabila kita memperbahurui cara kita berkomunikasi, cara kita bergaul, cara kita melayan tetamu.
Gunakan kesempatan ini untuk mempelajari ‘Ketampanan Sosial’ ataupun ‘Kejelitaaan Sosial’. Inilah ciri yang menjadikan raya kita sebagai raya yang penuh dengan keberkatan dengan izin Allah yang maha penyayang.
Secara peribadi, SK membelanjakan duit bagi membantu orang yang memerlukan ketika beberapa hari sebelum raya, ataupun di malam dan dipagi raya adalah biasanya lebih banyak berbanding dengan kos baju raya, kuih raya untuk sekeluarga. Itu adalah sebahagian tanda terima kasih kami kepada Allah yang masih memberikan kami bertemu sekali lagi dengan Ramadan bulan yang penuh dengan keuntungan.
Saudara Asri Rabani yang sentiasa membelanjakan masa untuk jalan Allah, hanya meninggal dunia beberapa hari sebelum kedatangan bulan Ramadan. Ini sebagai tanda kepada diri ini perlu menghargai pemberian Allah ini.
Hiduplah Dengan Memberi Sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.
Shamsuddin Kadir
Emel : info@shamsuddinkadir.com
4 comments on “Sambutan Raya Bagi Yang Mencari Keberkatan”