Mantan Peserta Berhijrah Menjadi Usahawan

ridhwan mohd yunus berkata:

Salam tuan SK. saya Ridhwan Mohd Yunus peserta kursus di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dahulu di kenali KUITHO parit raja batu pahat.

saya memohon bayak kemaafan kerana saya tidak menghantar borang komen peserta kepada tuan tempoh hari. Kerana saya belum ada idea… ini disebabkan saya berasa puas la sesangat dengan ilmu yang diperolehi…

Tuan,

Ilmu yang tuan beri sangat belainan dengan ilmu-ilmu yang saya miliki (mungkin saya masih kurang membaca atau kurang ilmu perniagaan) kerana saya memulakan mendalami ilmu perniagaan sejak 2003 dengan kursus yang dianjurkan oleh MECD , MARA,Tekun, Chefli , Saiful Sham, DR Azhar, edy rosmadi, azizan osman, pakdi ,dan kursus 2 berkaitan ilmu yang lain .. saya juga telah memulakan perniagaan daripada 2005 hingga sekarang… saya masih belum meperolehi apa yang saya impikan…

Tuan,

Saya berasa amat berbangga kerana Allah memilih saya untuk mengikuti kursus Tuan.. ape yang tuan sampaikan sangat menakjubkan saya.. seperti yang saya beritahu tadi.. ilmu yang tuan curahkan adalah berbeza daripada ilmu yang saya tahu… ilmu tuan sangat praktikal bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan . sangat releven.. tetapi ape yang penting ilmu tuan tidak lari daripada prinsip saya

Tuan…
saya berikan 5 bintang untuk cara penampilan tuan… tuan sangat berketrampilan ( sangat segak )

saya juga beri 5 bintang untuk gaya penyampaian.. penyampaian yang tidak membosankan walau kena dudok dari pukul 8 sampai pukul 5.. rasa macam sekejap jeks ada gelak ketawa..

saya juga memberi bonus bagi akhlak tuan yang telah ditunjukkan … al hamdullilah.. akhlak tuan sangat baik pada kaca mata saya.. saya menilai dari sudut kerohanian ataupun roh.

saya juga memberi 5 bintang untuk ilmu2 yang diberikan.. ilmu kemahiran berniaga.. sangat praktikal dan tiada maksud tersembunyi.. ada sesetengah orang mempunyai agenda tersembunyi apabila membuat kursus.. ( saya yang merasakan begitu.. sebab macam pernah terkena kot ) tapi saya melihat tiada ape yang tuan mahukan selepas memberi kursus)

dari sudut harga… rm 150 adalah kursus yang sangat berbalaoi bagi nama-nama besar seperti tuan …

akhir sekali . kepada tuan sk.. saya doakan agar Allah berikan tuan kebaikan yang mendadak dadak setiap pagi dan petang setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun hingga hari akhirat kelak amin..

—————————-

Waalaikummusalam Tuan Ridhwan,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dengan kebaikan yang datang mendadak dan dilindungi dari segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Amin.

Kenapa SK bersungguh mengadakan kursus berhijrah menjadi usahawan (wira usaha)?

1. Supaya kita dapat berlomba-lomba (bersama) membuat kebaikan. Membantu orang yang susah, miskin, anak yatim dan orang yang memerlukan pertolongan.

2. Supaya kita juga dapat berlomba-lomba (bersama) mendapat pahala dengan mengaplikasikan sunnah nabi (Muhammad bin Abdullah dan Siti Khadijah adalah Usahawan). Membantu menunjukkan kepada masyarakat kita bahawa bisnes plan ikut Allah adalah satu-satunya cara yang Allah terima untuk kembali kepada Allah.

3. Orang yang membantu orang lain berjaya, dia akan lebih berjaya dari orang yang dibantunya.

4. Supaya apabila kita mati, segala ilmu dan kemahiran yang dikongsikan dapat menjadikan taman Barzakh kita itu sebagai Taman-Taman Syurga dan bukannya lembah-lembah neraka.

Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *