Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Bacaan ini hanya dikhususkan kepada individu-individu yang ingin berkecimpung dalam dunia bisnes.
Kursus ini disediakan khas bagi individu sama ada ketika ini :
- adalah seorang bisnesman yang masih belum ‘berjaya’ dalam bisnes.
- adalah seorang pekerja yang bercita-cita ingin menjadi usahawan sepenuh masa
- adalah seorang surirumah yang bercita-cita ingin menjadi usahwan yang berjaya
Kenapa kursus Berhijrah Menjadi Usahawan ini unik?
- Ianya akan dijayakan oleh Shamsuddin Kadir yang lahir dan dibesarkan oleh seorang bisnesman yang berjaya dalam pelbagai bisnes iaitu ayahnya.
- Ibunya juga yang pada permulaan adalah surirumah, akhirnya menjadi bisneswomen. Sebahagian besar dari adik beradiknya kekal dalam dunia bisnes.
- Beliau tidak dibesarkan di dalam dunia ‘waktu pejabat’
- Shamsuddin Kadir hanya memulakan pelbagai bisnesnya dengan modal kurang dari RM 100. Kecuali satu bisnes yang dimulakan dengan modal lebih dari RM 100. Bisnes dengan modal RM 100 yang menghasilkan pendapatan lebih dari RM 45,000.
- Teknik yang dikongsikan adalah unik. Ianya adalah gaya bisnes yang diamalkan oleh ayahnya, mentor-mentor beliau dan juga idea baru yang dihasilkan oleh SK.
Yuran serendah ini mungkin yang terakhir, kerana kursus selepas ini akan diadakan di hotel dan kosnya menjadi lebih dari RM 300 seorang.
Bisnes antaranya bergantung kepada skrip, jika kita tidak dilahirkan dalam keluarga bisnes, kita tiada skrip bisnes dalam otak kita. Skrip dan kemahiran ini yang kita pelajari bagi mengelakkan duit hangus, di mana tangan kita terbakar. Ini banyak berlaku di mana ada seorang pekerja membuat pinjaman RM250,000 bagi memulakan bisnesnya sendiri, selepas 3 bulan beroperasi bisnesnya lingkup. Dunia orang bisnes adalah berbeza dengan dunia orang yang makan gaji.
BAHAYA, BAHAYA, BAHAYA, JANGAN MASUK DUNIA BISNES DENGAN BERGANTUNG KEPADA KEMAHIRAN SEBAGAI PEKERJA. DUIT YANG DILABUR AKAN HANGUS.
Apa yang kita ada adalah skrip persaingan, di mana bisnes hanya berjaya apabila kita menghancurkan persaingan ataupun menandingi produk orang lain. Skrip ini bukan sahaja berbahaya, ianya juga menyalahi ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Jika saudara ingin memulakan bisnes pertama saudara, jangan bakar duit perlaburan itu, jika jumlahnya lebih dari RM100.
Tawaran dengan harga istimewa akan berakhir pada 15 Ogos 2009. Satu dari alasan kenapa yuran kursus dibuat serendah RM 130, adalah bagi memberi ruang sebanyak-banyaknya kepada individu yang ingin mempelajari kemahiran yang wajib ada pada setiap usahawan.
Kenapa bisnes? Ianya membantu kita menghasilkan pahala yang lebih banyak. Jika kita hanya ada RM 100 berapa banyak derma yang kita boleh beri? Jumlah derma yang kita hulurkan menjadi besar apabila kita ada RM 10,000 ataupun RM100,000.
TEMPAT ADALAH TERHAD.
3 comments on “Kenapa Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan ?”