Dipengaruhi Dengan Timbuhan Harta Orang Lain

Kenapa kita mudah dipengaruhi oleh orang lain bagi menyertai pelbagai skim, perlaburan dan sebagainya?

Antara faktor utama yang membantu mereka mempengaruhi kita adalah seperti berikut :

1. Taraf ilmu pembangunan diri kita. Di mana selepas tamat belajar di sekolah ataupun universiti, kita  membaca buku-buku berfaedah seperti buku ‘self help’ yang membantu meningkatkan kualiti hidup kita. Sebaliknya dengan tidak menjadikan membaca buku-buku berfaedah itu sebagai amalan harian/ minguan, kita tidak tahu yang mana betul dan yang mana salah.

2.  Jenis mentor-mentor yang kita ada. Jika kita tidak ada sifu ataupun guru yang bagus dalam beberapa bidang yang berlainan, kita mudah terikut bagi melakukan perkara yang salah.

3. Jenis individu yang kita jadikan kawan. Kawan-kawan yang tidak suka membuang masa dengan bercerita tentang sesuatu yang tidak meningkatkan kualiti hidup menjauhi kita dari dipengaruhi peluang yang tidak betul.

4. Prinsip hidup yang tidak jelas, iaitu kehidupan sehingga mati, ataupun kehidupan sehingga Syurga sudah membezakan antara kita dan orang lain. Pemilihan kehidupan hanya di dunia, hanya membuatkan kita mementingkan duit, duit, duit, kaya, kaya, kaya, kereta mewah, kereta mewah, rumah besar, rumah besar. Jadi individu yang datang dengan menjanjikan duit, kaya, kereta mewa, rumah besar secara 99% sudah dapat mempengaruhi kita. Peluang untuk kita ditipu, terus ditipu, dan hidup dalam penipuan adalah 99% boleh berlaku.

Seperti mana kes perlaburan dalam Emas. Tetamu SK itu juga memberitahu, individu yang menariknya supaya masuk adalah seorang Doktor yang telah menceritakan kepadanya bagaimana beliau mengumpul kekayaan melalui perlaburan ini. Kereta mewah, rumah besar dan … Tetamu SK memberita tahu bahawa perlaburan itu menarik.

Betul, apabila diceritakan tentang kereta mewah, rumah besar, hati mana yang tidak melonjak, tetapi, apa kena mengenanya seorang Doktor perubatan bercerita tentang perlaburan. Kenapa kita ingin bersetuju dengan pandangan Doktor itu semata-mata beliau seorang doktor perubatan?

Ini yang menjadi antara sebab utama kenapa walaupun kita ditipu sekali, kita masih dapat menerima walaupun sudah 1001 kali ditipu dan menghabiskan semua duit yang sepatutnya digunakan untuk hari tua nanti.

Bagi mengelakkan kita dari dipengaruhi, perkara pertama yang perlu kita ada adalah Mentor agama, supaya kita tahu dengan jelas hala tuju kehidupan kita. Bermula dari mentor pertama, tambah mentor kedua, ketiga dari pelbagai bidang berdasarkan prinsip hidup yang kita telah bina.

Hiduplah dengan prinsip itu ke mana sahaja kita pergi.

Hutang Duit Dibayar Dengan Duit, jika ketika ini kita ada hutang sebesar bukitpun, semua hutang itu dapat dijelaskan dengan bersabar, cari mentor, pelajari cara bagaimana kita dapat menyelesaikannya. Perkara pertama yang kita perlu ada prinsip yang betul.

Banyak syarikat yang berasaskan MLM, Direct Selling, Skim Cepat Kaya, Perlaburan ‘Tulen’, dan banyak lagi mempengaruhi bakal peserta melalui umpan kereta mewah, rumah besar.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

4 comments on “Dipengaruhi Dengan Timbuhan Harta Orang Lain”

  1. Azemi Ali Reply

    Assalamualaikum Tuan SK,

    Saya perhatikan blog tuan semakin hari semakin menarik, berguna dan mempunyai maklumat yang amat berharga. Sungguh bertuah pengunjung-pengunjung blog ini kerana mendapat ilmu yang berguna secara percuma sahaja. Baru sekejap tadi saya pinjamkan buku tuan “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” kepada seseorang sebagai panduan merubah kedudukan kewangannya ke arah yang lebih baik. Buku yang amat menarik dan padat dengan ilmu kewangan.

    Saya doakan agar tuan terus berjaya. InsyaAllah segala usaha tuan ini ada ganjaran di dunia dan di akhirat. Amin.

    Wassalam.

    p/s – Bilakah agaknya dapat berjumpa dan berdiskusi ilmiah dengan tuan?

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Tuan Azemi

    Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan sekeluarga dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak. Sejak SK mengenali saudara, tidak pernah sekalipun perkataan yang tidak baik keluar dari mulut Tuan.

    Terima kasih di atas doa Tuan itu. Doa-doa orang yang baik seperti Tuan itu yang menghasilkan kebaikan dalam diri saya. Terima kasih.

    Tuan, buat masa ini saya hanya ada kelapangan pada hari Jumaat, pagi Sabtu dan petang Ahad sahaja, kerana jadual kelas dan kursus pada waktu lain.

    Kalau Tuan ada kelapangan pada waktu yang dimaksudkan, saya boleh datang ke pejabat Tuan waktu rehat ataupun Tuan di alu-alu untuk ke pejabat saya di Wangsa Melawati pada hari Sabtu pagi.

    Saya juga tidak sabar untuk mencari waktu yang sesuai bagi menemui Tuan yang berhati mulia dan berbaik sangka pada orang lain.

    Untuk makluman tetamu SK, Tuan Azemi Ali adalah sahabat baik saya sejak saya belajar perakaunan di UiTM Dungun iaitu pada 1994.

  3. Thinkerich Reply

    Salam Tuan SK,

    Begitulah kesannya bilamana minda dan mata masyarakat masih lagi bertanggapan bahawa kekayaan itu adalah semata-mata harta..

    Memiliki Kereta mewah dan rumah besar bukanlah bukti dan petunjuk sebenar kekayaan..ianya
    hanyalah sebahagian daripada kemewahan..

    Mewah belum pasti kaya!

    Ini kerana orang boleh hidup mewah dengan pelbagai cara…samada cara yang baik atau tidak!

  4. NIZAM Reply

    askum..tuan sk, sy baru sj nk memulakn bisnes mlm dcl..setelh membaca blog tuan sk rasa dh lemah longlai lutut sy… bgmanapun komen dr thinkrich nmpk seolh2 tdk spndpt dgn tuan sk.. sy
    dalam dilema skrang ni.. mugkin org tua 65 tahun tu bblanja sakan kot nk brgaya masa dpt duit mlm..sy agak stuju ngan thinrich

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *