Tetamu SK: Nasihat Untuk Pembelian Rumah

Assalamualaikum Tuan SK,

 
Semoga Tuan dalam keadaan sihat sejahtera.
Begini tuan, saya ada sebuah rumah yang berbaki lagi lebih kurang RM65,000 dengan majikan saya bekerja. Rumah ini saya duduk sendiri .Saya juga alhamdulillah telah  berjaya membeli sebuah apartment dengan hasil sewanya adalah LEBIH dari ansurannya. Berkat dari buku Tuan yamg bertajuk Buat Duit Dengan Rumah. Juga izin dari Allah taala.
 
Saya dalam proses mencari rumah kedua.Terus terang saya berminat dengan rumah teres maksudnya yang bertanah tapi masalahnya sewa sudah pasti lebih rendah dari ansuran. Down payment juga sudah semestinya besar. Minta pandangan tuan.
 
Pendapatan bulanan saya 5k -7k . Sekian terima kasih.
 
Wassalam.

AA (Bukan nama sebenar)

———————–

Waalaikummusalam Puan,

Terima kasih di atas doa, SK juga mendoakan kesejahteraan Puan sekeluarga.

Tahniah kerana buku yang dibaca memberi manfaat kepada Puan, ianya berkat Puan mengaplikasikan ‘IQRA’ – Bacalah.

Rumah teres! Mungkin Puan boleh membiayai semula rumah yang Puan duduki sekarang, jika ianya berbaloi dan mengunakan duit yang diperolehi itu bagi memiliki sebuah rumah teres yang tidak membebankan Puan bagi menambah ansuran yang tidak mencukupi itu.

Ataupun Puan boleh mencari rumah lelong tetapi berhati-hati dengan pantang larangnya yang terdapat dalam buku SK itu.

Ataupun Puan boleh membeli rumah teres yang sedang disewakan, bandingkan dengan ansuran bulanan jika Puan membelinya. Jika Puan rajin dan berkat Allah Puan sudah pasti berjumpa dengan rumah teres yang menguntungkan untuk dibeli dan tidak membebankan bagi memilikinya.

Puan juga boleh mengambil langkah bagi melaburkan sedikit dari duit Puan itu bagi disimpan dalam akaun perlaburan. Dengan izin Allah, duit perlaburan itu juga dapat membantu Puan memiliki rumah yang ketiga itu. Amin.

Shamsuddin Kadir

Penulis buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah

Emel: info@shamsuddinkadir.com

 

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *