Semalam sewaktu berada di gerai SK bernombor 25 di Perpustakaan Negara, seorang wanita yang juga penulis datang ke gerai SK dan terus berkata “Awak ke yang membuat seminar menjadi kaya melalui internet?” Belum sempat SK menjawab, beliau menyambung lagi serangan itu dengan berkata “Yang buat banyak seminar internet di hotel-hotel yang cajnya adalah RM 700 – 800 ringgit?” Belum sempat untuk SK membuka mulut, beliau berkata lagi, “Anak saudara saya pergi ke seminar itu di hotel, habis lebih RM 700, keluar dari seminar itu tidak ada apapun yang bermanfaat yang beliau dapat” kata wanita itu lagi.
Apabila melihat saya masih tidak diberi peluang bagi menjawabnya, maka beliaupun diam. Sk berkata “Sehingga ini, saya tidak pernah mengadakan seminar internet bagi jadi kaya melaluinya” Itu bukan bidang saya. Saya tidak ada kena mengena dengan perlaburan, workshop ataupun seminar yang membantu individu jadi kaya ataupun jutawan melalui internet. ” Kata saya menutup bicara. Beliau terus beredar dari situ.
Beliau adalah salah seorang penulis yang menulis novel, mungkin disebabkan saya menulis buku-buku kewangan dan perlaburan dan juga menyedikan bengkel kewangan percuma, SK ‘dituduh’ tanpa usul periksa.
Di sini SK ingin memaklumkan, bahawa kami tidak pernah dan sehingga ke hari ini kami di www.shamsuddinkadir.com ataupun Ultra Mind Resources tidak pun pernah menyarankan ataupun mencadangkan kepada mana-mana individu untuk menyertai bengkel seperti berikut.
Sejak beberapa bulan ini, satu tindakan drastik telah di ambil oleh SK, di mana SK hanya melayari internet untuk melayari halaman-halaman sifu, update blog, halaman rakan dan mencari bahan untuk kajian sahaja. Facebook pun hanya sekali sekala, tidak lebih dari 5 minit sahaja setiap kali masuk secara purata. Itupun SK masih belum dapat melihat keuntungan (ilmu yang berbaloi) dengan melayari facebook.
5 comments on “SK ‘Dituduh’ Membuat Seminar Jadi Kaya Melalui Internet”