Apabila kita memberikan hadiah (reward) yang berjadual ianya sebenarnya adalah cara kita membunuh kualiti hidup orang yang menerima hadiah tersebut.
Apabila hadiah (reward) diberikan secara berjadual, iaitu ada tarikh tetap, tidak ada usaha yang akan dilakukan, kerana sama ada kita maju ataupun sebaliknya, kita tetap menerima hadiah tersebut.
Nabi Muhammad dikatakan tidak memberi hadiah berjadual, beliau hanya memberi hadiah berdasarkan prestasi.
Contohnya, isteri kita masih kekal cara masak yang kita sudah berulang kali memberitahunya supaya menukarkannya, harijadinya tetap akan sampai. Jika kita menyambut harijadinya, kita sebenarnya mengatakan kepadanya bahawa teruskan kekal dengan cara masak awak itu, ini hadiahnya.
Begitu juga apabila suami kita sentiasa menyakiti hati kita dengan perangainya yang suka menyelerakkan rumah, kita mengatakan kepadanya teruskan dengan tabiat abang itu dengan kita memberi reward ataupun hadiah sempena ulangtahun perkahwinan.
Ada pasangan yang sudah ingin bercerai, memilih untuk menunggu hari ulangtahun perkahwinan yang ke-10 bagi meraikan sebelum bercerai keesokkan harinya.
Anak kita yang tidak ikut kata kita, kita menyatakan teruskan dengan perangai tidak ikut kata itu dengan kita memberi reward iaitu hadiah pada harijadinya itu.
Bagaimana dengan hadiah (reward) hantaran sewaktu perkahwinan yang bertarikh itu ?
Selagi ianya sekadar bagi menghargai pasangan baru kita itu dengan syarat kita mampu bayar secara tunai tanpa membebankan, silakan.
Sebagai permulaan bagi menukarkan konsep meningkatkan prestasi seluruh ahli keluarga kita adalah dengan kita menghadiahkan buku berinspirasi pada setiap kali kedatangan harijadi, aniversary dan perkahwinan.
Sambutan perlu dilakukan bersama hadiah bagi meraikan setiap usaha suami, isteri ataupun anak kita walaupun usaha itu tidak mencapai hasil yang bagus. Kita mendorong melalui usaha dan bukannya hasil.
Jadi, walaupun tiada sambutan harijadi, kita sebenarnya mungkin menyambut 10 kali kejayaan di atas prestasi suami kita itu dalam setahun.
Semua ahli keluarga kita pasti sibuk bagi menyerlahkan potensi sebenar setiap masa.
SK sendiri sudah tidak menyambut harijadi, ulangtahun yang berjadual ini sejak 2 tahun yang lalu.
Shamsuddin Kadir (Trainer & Author)
Emel: info@shamsuddinkadir.com.
2 comments on “Pembunuh Kualiti Hidup Diri & Keluarga”