Baru-baru ini, ada satu kejadian menimpa seorang guru di sebuah negeri di sebelah utara (kedah, penang dan perak). Seorang Pelajar berserta dengan adik beradiknya dan ayahnya mengejar seorang guru bagi mengetuk guru itu dengan sebuah tukul yang dibawa bersama.
Guru-guru lain berjaya menyembunyikan guru tersebut. Selepas di soal siasat, rupa-rupanya adalah kesilapan guru itu yang memukul pelajar itu dengan sebuah kerusi plastik pada bahagian belakang budak itu sampai kerusi itu pecah.
Ianya berpunya dengan masalah kewangan yang dihadapi guru tersebut. Isteri beliau sedang menyambung pelajaran di luar negara dan mengunakan kad kredit di sana dan penyatanya sampai di Malaysia. Suaminya iaitu guru inilah yang membayar belanja kad kredit yang digunakan oleh isterinya itu.
Kini isterinya tidak ingin pulang lagi ke Malaysia kerana sudah mendapat taraf penduduk tetap di negara berkenaan. Isterinya itu juga mengajak guru ini untuk turut berpindah dan menetap di sana.
Perbelanjaan yang dibuat di luar negara menjadi bertambah nilainya apabila penyata kad kredit itu menunjukkan dalam matawang Malaysia yang beberapa kali ganda lebih tinggi.
Apabila saya bertanya salah seorang guru di sekolah berkenaan, beliau berkata dari 106 guru yang ada di sekolah itu hanya dua orang yang tidak pakai kad kredit.
“Hanya orang yang tidak ada duit yang pakai kad kredit” itu kata guru yang memberikan maklumat di atas. Beliau kata banyak yang beliau pelajari dari motivasi kewangan bersama SK yang disiarkan oleh TV3 pada tahun lepas.
“Kenapa kita perlu kad kredit, jika kita ada duit”? itu kata guru itu lagi. Di sekolahnya hanya 2 orang guru yang tidak memiliki kad kredit.
SK pernah membuat ulasan berkenaan pandangan tentang kenapa semakin ramai guru di zaman ini semakin banyak memukul guru dalam keadaan keterlaluan seperti mengunakan kerusi dan sebagainya. Ianya berpunya dari masalah ‘Kewangan’. Kerana tekanan kewangan yang dihasilkan dari kelemahan urus wang menyebabkan kita bertindak di luar batasan kemanusiaan.
Shamsuddin Kadir
Trainer & Author
Emel: info@shamsuddinkadir.com
2 comments on “Pelajar Mengejar Guru Dengan Tukul Kerana Kad Kredit”