Salam SK,
Saya telah pun menulis sebuah buku kewangan dan InsyaAllah akan diterbitkan pada bulan Julai 2009.
Memandangkan nama dan kredibiliti Tuan SK sebagai motivator dan penulis kewangan yang mulai dikenali dan diminati ramai, saya dengan rendah hati berrminat untuk mendapatkan komen dan testimonial daripada
Tuan SK mengenai buku pertama saya bagi dimuatkan pada cover bagi edisi dan cetakan kedua kelak!
Apakah Tuan SK sudi untuk memberikan testimonial atau ulasan ringkas pada buku tulisan saya nanti?
Harap dapat maklumbalas daripada SK.
Wassalam,
Khairulnahar Jamaluddin a.k.a THINKERICH
Perunding, Penulis, & Blogger
——————————
Waalaikummusalam Tuan,
Alhamdulilah dan tahniah, semoga buku kewangan tersebut menjadi satu lagi bacaan wajib bagi setiap individu yang ingin celik kewangan. Dengan izin Allah saya akan mewawarkannya di halaman ini nanti.
Maklumkan kepada saya apabila buku itu berada di pasaran. Saya akan dapatkan senaskah dan baca supaya saya dapat memberikan maklum balas yang bertepatan.
Saya sentiasa sudi memberikan testimoni ataupun ulasan ringkas bagi buku-buku yang memberi manfaat. Antara buku yang mendapat testimoni dari saya adalah “Didik Anak Jadi Usahawan”.
Saya hanya tidak memberi testimoni kepada buku-buku yang tidak bermanfaat ataupun melawan ajaran Allah.
Semoga buku itu menjadi satu lagi usaha yang baik bagi memandaikan kita semua. Amin.
Ya Allah kurniakanlah keberkatanMu ke atas setiap patah perkataan sama ada secara bertulis ataupun lisan yang ditulis ataupun dilafazkan oleh hambaMu yang hidup bagi memandaikan orang lain.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
2 comments on “Tetamu SK: Ulasan Kepada Buku Tulisan Saya”