Tetamu SK: Perancangan Kewangan Menggunakan Overdraf

Assalamualaikum Tuan SK,

Saya ada mengikuti workshop pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh seorang certified financial planner baru-baru ini. salah satu kaedah yang beliau cadangkan adalah dengan menggunakan kaedah overdraf.

Boleh saya dapatkan pandangan Tuan berkaitan penggunaan overdraf untuk perancangan kewangan terutamanya untuk saya. Untuk makluman Tuan, saya baru sahaja memasuki alam pekerjaan dan buat masa ini hanya mempunyai hutang kad kredit yang masih dalam keadaan terkawal dan pinjaman kenderaan.

 Nasihat dan pandangan Tuan amat saya hargai.

 Ikhlas dari

Wan (Bukan nama sebenar)

_____________________________________

Waalaikummusalam Tuan Wan,

Semoga Allah memberikan kebaikan yang datang mendadak kepada Tuan di atas segala usaha bagi memandaikan diri sendiri. Itu adalah satu usaha wajib bagi individu yang ingin berjaya.

Dalam Islam kita ada beberapa Mazhab iaitu ada berlakunya perbezaan pendapat tetapi pada masa yang sama ke semua Mazhab dalam Islam itu adalah betul contohnya Shafie & Hanafi.  Hanya yang menyimpang dari Mazhab yang betul itu dikatakan sesat.

Dalam isu mengurus kewangan ini, ada banyak ‘Mazhab @ fahaman’, ianya terpulang kepada fahaman mana yang kita ingin anuti, cuma kita perlu berhati-hati takut terkena seperti Mazhab yang sesat seperti mana ajaran agama yang sesat.

Perkara paling asas yang menjadi landasan untuk www.ShamsuddinKadir.com adalah ianya mesti tidak berlandaskan RIBA. Jika overdraf yang dicadangkan supaya di ambil itu tidak mengira sama ada ianya halal ataupun RIBA, ianya sudah berlainan dengan fahaman www.ShamsuddinKadir.com.

Dengan maklumat berkenaan dengan status Tuan, hentikan pengunaan kad kredit dan tutup akaun kad kredit, kerana kita sebenarnya telah menjadikan kad itu sebagai kad hutang bukannya kad kredit. Baca buku-buku kewangan seperti ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’. Insyaa-Allah itu sebagai langkah pertama Tuan dalam mengenalpasti perbezaan di antara beberapa fahaman kewangan yang ada di pasaran.

Fahaman di halaman ini www.ShamsuddinKadir.com hanya mengalakkan pengurusan kewangan tanpa melalui sistem overdraft ataupun kad kredit. 

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *