Keluar Duit Dari Bank Masuk Duit Dalam Bank

Ada seorang peserta kursus Dimensi Diri anjuran Ultra Mind Resources bertanya kepada saya baru-baru ini. Beliau memberitahu bahawa dirinya seolah-olah menjadi orang yang bodoh ketika ini, walaupun bekerja ada pendapatan itu semuanya adalah satu gimik sahaja. Duit gaji itu adalah satu skim penipuan yang paling handal.

“Tuan SK, setiap bulan apabila dapat duit gaji, saya akan ke bank bagi mengeluarkan dari bank XXX (bukan nama sebenar) dan memasukkan duit itu dalam beberapa pecahan ke bank XYY, YYY dan ZZZ” kata beliau.

Duit gaji dikeluarkan dari sebuah bankĀ  dan duit itu dalam pecahan iaitu bagi bayaran ansuran kereta di masukkan semula ke dalam bank yang memberi pembiayaan keretanya. Beliau juga mengunakan sebahagian besar dari duit gajinya itu bagi dibank in ke dalam akaun ansuran pinjaman rumah di sebuah bank lain. Beliau juga ada mengambil pinjaman peribadi, maka duit juga dimasukkan ke akaun bank personal loan itu.

Selepas memasukkan semula duit itu ke dalam bank-bank lain pada setiap bulan, beliau hanya tinggal duit yang teramat sedikit dan merasakan hidupnya adalah bagi menjadi kuli kepada bank.

Itulah yang beliau lakukan sejak dahulu sehingga datang ke kursus Dimensi.

Beliau sebenarnya telah memasuki kumpulan “Pergi pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang”. Individu yang sudah memasuki kategori ini, perkara yang paling memberi kesan kepada beliau adalah prestasi kerja dan hubungan kekeluargaan.

Di pejabat beliau menjadi liabiliti ataupun bebanan kepada organisasi yang mengambilnya bekerja, di rumah beliau menjadi bebanan kepada seluruh ahli keluarganya.

Beliau juga menimbulkan tekanan kepada rakan disekelilingnya terutama rakan sekerja.

Jika perkara di atas telah menimpa kita, mulakan langkah pertama bagi mengatasinya. Membaca buku dan menghadiri kursus adalah di antara langkah bagi membebaskan dan menghindarkan kita dari perkara yang tidak seharusnya kita tanggung.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *