Sering kali kita mendengar, bahawa apabila ingin membuat sesuatu kita perlu fokus. Kadangkala kita juga fokus walaupun tidak bercadang untuk membuat sesuatu.
Apabila kita tidak membuat fokus tentang kehidupan kita yang sebenar, iaitu kita membuat persiapan dengan mengambil kira umur kita sekarang dan juga apa yang kita akan lalui sepanjang hidup, termasuk dengan saat kematian, masa di taman Barzakh, di Padang Mashar dan di antara kehidupan di Syurga ataupun Neraka yang bakal kita tujui.
Apabila kita melihat di penghujung hidup, kita dapat memulakan hidup dengan fokus kepada penghujung yang kita akan sampai, iaitu ‘Begin with the end of mind’.
Apabila kita tidak merancang dengan keperluan-keperluan semasa di dunia, di taman Barzakh dan akhirat, sudah tentu fokus kita sekarang menyimpang. Ataupun kita mungkin fokus kepada satu sahaja dari keperluan, ia juga menjauhkan kita dari fokus kepada keperluan sebenar manusia.
Antara risiko yang banyak dibebani oleh kita sewaktu di dunia adalah tidak membuat fokus kepada keprluan hidup di dunia. Satu darinya adalah fokus berkenaan dengan kewangan dan keperluan mencapai qualiti hidup yang tinggi.
Antara impaknya ialah kita membelanjakan masa untuk mengikuti isu-isu seperti gosip politik, artis ataupun isu-isu panas semasa semata-mata bagi memenuhi masa yang diperuntukkan oleh Tuhan sebanyak 24 jam sehari.
Banyak berita-berita yang tidak membawa kepada kebaikan untuk diri kita ataupun masyarakat kita, di baca, dibualkan dan dihujahkan semata-mata untuk melihat kita yang betul.
Politik, Artis antara fokus utama masyarakat yang membawa kepada perbelanjaan yang paling mahal iaitu masa. Apabila sebahagian besar masa di fokus kepada perkara seperti itu, semakin banyak duit dihabiskan bagi mengikuti isu-isu politik, artis setiap hari. Sama ada mengikuti melalui internet, membaca suratkhabar, membeli majalah gosip-gosip.
Peluang untuk kita fokus kepada kemahiran-kemahiran penting menjadi semakin kecil dan tipis kerana sebahagian masa dibelanjakan bagi membicarakan isu politik dan artis.
Kita sebagai orang yang berpengetahuan, kita dapat menentukan sama ada sesuatu informasi itu berguna untuk diri kita ataupun sebaliknya. Belanjakan masa kita itu untuk sesuatu yang benar-benar beharga.
“Jika kita tidak merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal”
Shamsuddin Kadir