Assalamualaikum
Saya tertarik dengan artikel kedua pakar, Tn SK dan Tn Zamri. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam internet biz maupun MLM.
Saya merupakan seorang usahawan baru (belum berjaya lagilah… berjinak-jinak dlm biz agriculture. Dulu saya seorang AVP di salah sebuah bank, berhenti kerja sambung belajar di UM, sambil tu buat biz MLM.
3 bulan dah dapat pangkat Senior Sales Manager. Tapi bila dah mula kenal biz ni baru tahu ‘ketidakjujuran’ para-para leader di atas dalam mengejar pangkat dan cek besar sanggup buat apa saja. Saya ambil keputusan tak nak terbabit lagi walaupun dah banyak rangkaian.
Maklum exbanker…ramai kenalan dan dah biasa buat marketing dan luluskan pinjaman orang ramai. So database memang dlm tangan. Saya set-up pula agensi general insuran(Takaful ) modal rm100k. Bila ada ofis cantik datang pula seorang kenalan seorang yang berperibadi tinggi (seorang Haji) minta maaf bukan nak jatuhkan maruah atau status sesiapa) mengajak saya buat MLM semula.
Saya ikut keluar modal lagi RM25k opps yg dulu tu rm21k….sebulan 2 je ok….tup-tup sama gak kali ini company pula bermasalah…akhirnya company tu tutup. Produk dah bertimbun dalam stor rumah….Merajuk sekejap dengan MLM ni…tapi tak serik…
Join pulak MLM baru terlibat dgn BIO herba…syarikat gah di Putrajaya..melabur lagi RM40k sebab jadi stokis..Pun sama bila dah berbas-bas orang datang ke ibupejabat syarikat kena siasat.
Akhirnya saya serik…nak kata buang masa dan duit tu memanglah tapi dari satu sudut positif pengalaman tak boleh dibeli.
Justeru itu saya kini nak muhasabah diri dengan membaca blog2 motivasi seperti blog TN SK dan nak mula melabur beli buku-buku nak mencari apa yang tak kena dalam diri saya kerana asyik ‘terkena’ dalam biz MLM ni.
Rahimah
————————-
Waalaikummusalam Cik Puan Rahimah,
Semoga Allah mengurniakan kepada Puan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari di atas usaha Puan satu demi satu bagi mencari duit yang halal. Amin.
Puan, tahniah di atas pengalaman yang dikongsikan saya yakin, puan akan dikurniakan dengan keberkatan di atas usaha Puan bagi mengelakkan orang lain dari mengikuti jejak yang sama dengan Puan . (Jangan dipatuk oleh ular yang sama dua kali). Terima kasih.
Sebenarnya tidak ada apa yang tidak kena dengan kita, cuma Allah telah menciptakan luar jalan utama bagi kita mendapatkan ilmu ataupun pengalaman. Iaitu :
- Dengan melakukan kesilapan sendiri
- Dengan mempelajari dari pengalaman orang lain
Ayat pertama yang diturunkan oleh Allah iaitu Iqra yang bermaksud ‘Baca’ sudah tentu mengalakkan kita membaca buku agar kita tidak menangung kesilapan yang tidak perlu yang sudah dilakukan oleh orang terdahulu. Baca buku agar kita mendapatkan nikmat yang diperolehi oleh orang yang terdahulu. Berfikir supaya dari ilmu yang kita perolehi dengan membaca itu membantu kita mencipta benda dan perkara baru yang memberi manfaat kepada masyarakat kita.
Tidak mengapa, walaupun langkah yang dilalui oleh Puan itu pahit, tetapi sepahit kopi kosong ianya membantu kita dari terlelap ketika memandu di jalan raya. Sehitam-hitam kopi, ianya dapat menyelamatkan kita dari maut yang tidak sepatutnya.
Pengalaman yang Puan telah lalui itu amat-amat penting. Semoga Puan akan sentiasa berkongsikan pengalaman-pengalaman yang amat berguna itu secara bersama.
Semoga Allah memudahkan dan melapangkan Puan dengan cahaya ilmu. Teruskan usaha Puan untuk menjadikan buku sebagai keperluan hidup.
Shamsuddin Kadir
emel: info@shamsuddinkadir.com
2 comments on “Tetamu SK: Pengalaman Melalui MLM”