Pelbagai pertanyaan berkenaan dengan pelaburan dengan membuat pinjaman diemelkan ke info@shamsuddinkadir.com.
Pendirian www.shamsuddinkadir.com masih kekal, iaitu halaman ini hanya membicarakan tentang sistem perlaburan yang halal dari segi hukum syarak.
Pembiayaan pinjaman yang melibatkan faedah ataupun RIBA adalah diluar bidang bicara halaman ini. Ia juga bagi menghormati larangan Allah dalam surah Al-Baqarah iaitu yang bermaksud
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan SAKI BAKI RIBA jika kamu orang yang mahu beriman, jika kamu engkar, maka Istiharkanlah PERANG terhadap ALLAH dan RASUL”
Tuan dan Puan boleh merujuk kepada tafsiran Al-Quran yang diterbitkan oleh Yayasan Restu yang juga ada dijual di Pos Malaysia ataupun mana-mana tafsiran sama ada dalam bahasa Melayu, Indonesia ataupun English.
Sebagai menghargai Nikmat yang Allah beri dengan menjadikan kita manusia dan bukannya makhluk lain yang ada di atas muka bumi ini, maka SK tidak menyarankan kepada mana-mana individu bagi melibatkan dengan sistem kewangan yang berlandaskan RIBA @ KONVENSIONAL.
Allah dan Rasul melancarkan perang kepada manusia yang dicipta Allah tetapi mahu melibatkan diri dengan RIBA.
Bayangkan bagaimana malaikat yang datang untuk mencabut nyawa orang yang sudah mengistiharkan perang terhad Allah.
Ada seorang ustaz yang memberitahu kepada SK supaya, manusia yang mati dengan melibatkan diri dengan pinjaman berlandaskan RIBA, supaya menyimpan satu pedang di dalam liang lahad untuk digunakan bagi bertarung dengan Allah.
Sebanyak mana untungnya jika melabur dengan meminjam secara RIBA, sebanyak mana jimat jika ambil pinjaman secara KONVENSIONAL, semua tidak lagi memberi perlindungan mulai saat nyawa dicabut sehingga untuk selama-lamanya.
Dalam Al-Quran, itulah perkara yang Allah paling marah sekali, seperti yang dikaji oleh Iman Al-Ghazali.
Semoga kita diberi kemudahan dan kesempatan untuk menyucikan pinjaman-pinjaman kita yang belum Islamik mulai hari ini.
Mengikut tafsiran Ustaz, jijiknya najis khinzir sama dengan jijiknya RIBA. Kita akan rasai jijiknya yang sebenar mulai saat malaikat mencabut nyawa. Banyak lagi kesannya termasuk dengan rumah yang dibeli dengan pinjaman ‘riba’, doa yang dibuat di dalam rumah tersebut tidak sampai ke langit. Keberkatan tidak masuk ke dalam rumah tersebut, kerana ianya menjijikan dalam pandangan Allah, rasul, dan seluruh malaikatnya.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
2 comments on “Pembiayaan Perlaburan dan Kewangan Melalui Pinjaman”