Artikel ini bagi menjawab banyak pertanyaan tetamu halaman www.ShamsuddinKadir.com berkenaan dengan emel-emel yang sentiasa memenuhi ruangan ‘inbox’ kita.
Ketika ini banyak emel-emel yang dihantar ke dalam peti box ‘inbox’ emel kita berkenaan dengan jadi kaya, buat duit, duit senang, duit masuk dan banyak lagi yang bersumberkan internet marketing. Ramai juga individu yang memasukinya. Kenapa bisnes ini seolah tidak wujud sekitara 1990 – 1996 ? Kini 2009, bisnes jenis ini sudah ada di mana-mana, ada yang mendapat beribu-ribu emel jenis ini sehari. Banyak juga masa dihabiskan apabila kita ingin ‘delete’ emel jenis ini.
Sebahagian bisnes jenis ini di Malaysia dipelopori oleh individu yang tamat pengajian diperingkat universiti, sama ada masih ‘belum dapat kerja’ ataupun sudah bekerja tetapi dibebani dengan komitment ‘hutang’ ataupun gaji yang tidak pernah cukup.
Satu dari perkara kenapa bisnes ‘buat duit’ ini menjadi pilihan banyak individu, kerana modalnya teramat murah, hanya dengan kos membeli domain (.com) dan hosting (tempat di mana file dan website kita beroperasi).
Antara bisnes yang dilakukan oleh sebahagian Internet Marketer di Malaysia adalah bisnes yang mengambil duit dari individu-individu yang hidup makan gaji ataupun yang masih menggangur. Kerana individu yang makan gaji majoritinya hidup dalam keadaan terdesak, apabila menangung bebanan komitmen yang tinggi setiap bulan. Timbulnya persoalan untuk mendapat pendapatan kedua ataupun lain yang mudah.
Adakah bisnes jenis ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lumayan ? Bisnes jenis ini perlu bertahan dan perlu bekerja dengan lebih keras kerana majoriti sumber bisnes adalah menyediakan keperluan individu yang sedang terdesak (duit tidak cukup).
Jika kita melayari dunia internet, hanya beberapa kali sahaja kita menjumpai website yang menjual barangan ataupun servis yang diperlukan seharian dalam kehidupan. Iaitu website yang menjual keperluan hidup dan bukannya keperluan membuat ‘duit’ ataupun ‘jadi kaya’.
Apabila bisnes internet kita adalah ‘buat duit ataupun jadi kaya’ yang berasaskan bagi menarik individu yang sedang terdesak, kita hanya dapat bertahan untuk sementara waktu. Iaitu selagi mana belum timbulnya testimoni yang mengatakan ‘aku tidak jadi kaya pun selepas beratus-ratus ‘skim’ yang ditawarkan oleh Internet Marketer’.
Kita juga boleh lihat dan kaji sendiri, siapakah antara Internet Marketer yang menjual “buat duit @ jadi kaya” yang berjaya melahirkan seorang individu yang berjaya jadi kaya?
Semoga lebih ramai Internet Marketer yang menyediakan keperluan sebenar rakyat Malaysia terutamanya dan dunia umumnya dilahirkan.
Sebagai individu yang celik ilmu, kita perlu berwaspada dari menyertai ataupun menghabiskan masa berkualiti dengan mengadap komputer berjam-jam sehari semata-mata untuk ditipu.
Semakin banyak individu yang tertekan dengan gaji yang tidak cukup, semakin banyak graduan yang tidak dapat kerja, maka semakin banyak ‘Internet Marketer’ di lahirkan di Malaysia.
Semoga Tuan dan Puan yang berminat berkecimpung menjadi Internet Marketer, pilihlah bidang bisnes yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan juga membantu meningkatkan ekonomi Malaysia.
Shamsuddin Kadir
3 comments on “Internet Marketer Makan Ikan Kecil?”