Tetamu SK : Sewa Opis Besar Tapi Pakai Sikit Sahaja

Assalamualaikum…..

Nama saya MZ, Lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Usuluddin dan sains politik daripada UIA.  saya adalah pemegang francais kepada metrodriving academy di bawah skim Program Francais Siswazah anjuran PNS.

Saya telah menyewa sebuah pejabat yang terletak di Pandan Indah. Saya hanya menggunakan ¼ dari ruang pejabat tersebut. Saya ingin mendapat buah fikiran tuan, apa yang patut saya buat untuk menambah pendapatan dan ruang tersebut tidak dibazirkan begitu sahaja. Saya mendapat info tentang kebolehan tuan dari rakan saya.

Saya amat berharap tuan dapat membantu saya.

Sekian, terima Kasih

————————–

Waalaikummusalam Tuan MZ,

Semoga Allah kurniakan kepada Tuan dengan kebaikan yang datang mendadak, Amin.

Terdapat dua pilihan utama yang Tuan boleh lakukan :

  • Kekal menyewa di lot pejabat tersebut

ataupun

  • Berpindah mencari ruang pejabat untuk disewakan, di mana-mana terdapat banyak ruang pejabat seluas 1/4 yang Tuan perlukan, ini sudah pasti dapat mengurangkan kos Tuan juga sebanyak 75%.

Jika Tuan memilih pilihan pertama iaitu kekal menyewa di tempat sekarang, apa yang Tuan boleh lakukan adalah seperti berikut.

1. Iklankan di 7 Eleven secara percuma ataupun iklan berbayar di halaman surat khabar seperti di harian Metro, Nst dan berita harian dengan kos RM 50 sehari. Sewakan ruang pejabat itu kepada lot-lot pejabat kecil, jika ianya sudah mempunyai beberapa buah bilik. Sewa pejabat kecil adalah serendah RM 250 sehingga RM mencecah RM 1,000.

2. Iklan juga boleh dibuat di hadapan pejabat Tuan jika ianya terletak di tingkat bawah, ataupun letakkan iklan di tangga ataupun tempah banner kecil dengan kos RM 80 gantung di luar tingkap pejabat Tuan. “Ruang Pejabat Untuk Disewa”

Hubungi MZ 019 1234 xxx

Sebagai contohnya…. Insyaa-Allah Tuan akan mendapat satu kebaikan yang Tuan mungkin terkejut apabila ianya berlaku. Ianya berlaku kepada saya sejak saya mempratikkan konsep tersebut pada tahun 2000 lagi. Ketika saya memiliki rumah pertama saya.

Insyaa-Allah saya dapat memberikan lebih banyak cadangan jika saya dapat melihat pejabat tersebut ataupun Tuan datang berjumpa dengan saya bagi mendapat pandangan secara PERCUMA di pejabat  saya di Wangsa Melawati. Buat masa ini saya sibuk, mungkin pada 28 April saya ada kelapangan. Sila hubungi saya terlebih dahulu sebelum membuat temujanji. Hubungi saya melalui emel info@shamsuddinkadir.com itu yang terbaik ataupun melalui no. telefon pejabat 03 4142 5300.

Teruskan berusaha. Sampaikan salam saya kepada sahabat Tuan itu.

Shamsuddin Kadir

Success Coach & Writer

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Emel: info@shamsuddinkadir.com

www.ShamsuddinKadir.com

 

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *