Hari ini kita dapat lihat, pelbagai jenis skim-skim cepat kaya yang dicipta bagi mendapatkan duit dari individu yang menyertainya. Bagi mengelakkan modus operandi mereka dikesan, pelbagai jenama dan konsep baru diperkenalkan.
Individu yang kurang ataupun tidak membaca buku-buku ilmiah terutama dalam bidang kewangan diri, biasanya yang menjadi masanya.
Kadang kala saya juga merasakan apa lagi yang perlu dilakukan bagi menghentikan individu-individu yang perlu insaf hanya selepas kena tipu. Menulis buku sudah saya lakukan, menyediakan halaman website www.ShamsuddinKadir.com telah dilakukan sejak 2006 lagi. Insyaa-Allah saya akan membicarakan tentang topik ini di RTM dan TV3 nanti.
Individu-individu yang tidak membaca buku bermanfaat banyak yang kena tipu, ada juga yang sudah kena tipu berkali-kali tetapi masih menceburi skim-skim.
Tabiat individu jenis ini adalah sama dengan tabiah orang yang bermain judi ataupun nombor ekor, mereka yakin selepas ini giliran mereka menang ataupun mendapat nombor ekor yang menang. Orang yang menyertai skim-skim kaya ini, yakin gilirannya menjadi kaya sudah hampir. Tabiat ini jika tidak diubah, mereka kekal melabur, kena tipu, melabur kena tipu, melabur kena tipu sehingga kubur panggil.
Katakan tidak kepada Skim-skim yang menjanjikan kita kaya ataupun membuatkan kita kaya cepat, tidak perlu lagi bekerja keras.
Kepada individu yang ingin menjadi kaya, masuklah bidang perniagaan yang nyata, dalam pelajari selok belok bisnes dengan banyak membaca buku, datang kursus-kursus usahawan dan juga ada banyak mentor usahawan yang sudah berjaya, baru masuk bidang bisnes.
Saya mendoakan agar tiada seorang pun para tetamu blog www.ShamsuddinKadir.com yang sedang melibatkan diri dengan skim-skim yang kononnya kita akan menjadi kaya. Elakkan dari menjadi seorang lagi yang suka menambahkan lagi kerja polis dengan membuat laporan polis selepas tertipu dengan skim.
Apakah motif-motif skim-skim ini di adakan? Hendak menkayakan Tuan dan Puan ataupun Mereka?
Tepuk Minda Tanya Ilmu, Jangan lepas tertipu baru hendak tepuk dahi.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
1 comments on “Skim Cepat Kaya Telah Dimodenkan”