Semalam saya berada di Alam Sentral Shah Alam di tingkat 3 yang terdapat banyak kedai menjual handphone. Ini adalah hari kedua saya datang ke kawasan ini. Sebelum ini saya tidak pernah ke kedai-kedai ini bagi membeli ataupun melihat secara dekat model-model terbaru dan tercanggih.
Kehadiran saya sejak hari Sabtu adalah bagi mengambil hadiah sebuah ‘handphone’ yang dilengkapi pelbagai fasiliti berbanding handphone lama saya iaitu Nokia 6020 yang juga telah dihadiahkan kepada saya pada awal tahun 2008. Ketiga-tiga handphone yang saya miliki ketika ini adalah hadiah dari adik-beradik saya. Begitu juga dengan nombor handphone juga dihadiahkan oleh abang saya.
Sehingga ke hari ini saya hanya pernah membeli sekali handphone iaitu Nokia 3210 iaitu pada tahun 2000 yang ketika itu berharga sekitar RM 400, itupun untuk dipinjamkan kepada kawan yang memulakan bisnes sendiri.
Mungkin saya berada di dunia yang agak berbeza, saya memerlukan handphone bagi mudah menghubungi ataupun dihubungi oleh ahli keluarga, pelanggan-pelanggan ceramah & training, kawan, jiran dan masyarakat sahaja.
Saya melihat pelbagai jenis orang yang berada di sekitar deretan kedai-kedai handphone ada yang hendak upgrade, tidak ketinggalan ada yang hendak downgrade. Ada juga yang datang semata-mata untuk menjual handphone canggih yang telah dimiliki. Ada juga yang datang mencari bateri handphone bagi model handphone yang dibeli dari China.
Lebih kurang sejam di Kedai Handphone tersebut saya pulang dengan handphone baru yang dihadiahkan sekali lagi oleh seorang dari abang saya.
Masing-masing ada keperluan, seperti mana kita berkongsikan keperluan mengejar ilmu sama ada kita perolehi dari kedai buku ataupun dari blog-blog yang memberikan manfaat.
Betul apa yang sangka selama ini, apabila saya membuat panggilan telefon kepada isteri saya dengan mengunakan handphone tercanggih ini, isteri saya masih mendengar hello seperti mana panggilan yang dibuat dari handphone lama saya. Ianya jauh berbeza dengan gaya percakapan saya dengan isteri yang ada kelainan setiap kali saya membaca buku baru.
Saya memerlukan handphone baru kerana handphone sedia ada sudah tidak mampu menampung nombor telefon pelanggan yang telah melebihi had sim kad dan memori handphone itu sendiri. Ruang untuk menyimpan sms penting sudah tidak muat lagi. Belum sempat saya membelinya sendiri, ada yang sudah peka dengan keperluan saya ini. Terima kasih.
3 comments on “Sejam Di Kedai Jual Handphone”