Majoriti pusat membeli belah yang ada pada ketika ini adalah pasaraya yang membantu menghabiskan duit kita lebih dari apa yang kita benarkan.
Berapa kali kita memasuki pasaraya yang menyebabkan kita tidak berbelanja lebih dari apa yang kita benar-benar perlukan?
Majoriti trip kita ke pasaraya membuatkan kita membelanjakan lebih dari apa yang kita harapkan. Bukannya kerana kos barangan sudah meningkat, tetapi kerana membeli sesuatu yang kita hendak tetapi ianya tidak perlu untuk kita meneruskan hidup yang ceria dan bahagia.
Dengan jumlah kerusi rehat yang percuma amat sedikit dan tidak sampai 1% bilangan pengunjung pasaraya, ini adalah perangkap bagi membolehkan pengunjung masuk ke kedai makanan yang ada di dalam pasaraya tersebut.
Apabila kita ingin keluar ‘makan angin’ dihujung minggu ataupun ketika hari ‘bekerja’, apa yang kita boleh buat, adalah tentukan apa yang sebenarnya kita mahukan dan juga tentukan apa yang anak kita mahukan.
Jika keluarga saya, Isteri dan saya sukakan kedai buku manakala anak-anak saya suka aktiviti di padang. Kita bahagikan masa bagi memastikan setiap ahli keluarga merasa nikmat dan puas dapat melakukan apa yang ingin dicapai.
Sekarang, adalah terlalu susah untuk saya memijak kaki pusat membeli belah seperti ‘Mid Valley’, One Utama dan sebagainya kecuali benar-benar ada keperluan. Bagi menikmati keperluan dapur dan barangan rumah, cukup sekadar barangan berjenama dan tidak berjenama yang dibeli dari pasaraya Mydin yang membantu saya supaya tidak berbelanja melebihi had.
Barangan di Mydin sebagai contohnya amat terhad dan boleh dikatakan 50% barangnya adalah barangan keperluan, berbeza dengan pasaraya besar lain, barangan keperluan hanya 5-10% sahaja. Ini yang menyebabkan wang kita dirompak oleh pasaraya.
Sudah pasti kita ingin mengelakkan dari membeli barangan diluar keperluan, kerana pada masa yang sama kita ingin memenuhi keperluan orang yang belum dapat hidup seperti kita. Minggu lepas saya menerima surat dari Mesir dari seorang pelajar yang telah menghubungi saya melalui (telefon dan surat) memohon bantuan ‘duit’ kerana ibubapanya tidak mampu menanggungnya. Beliau kini di tahun akhir.
Semalam anak angkat berpangkat anak yatim Al-Tahfiz yang sedang menyambung pelajaran di tingkatan 3 menghantar sms memohon duit bagi membayar yuran prestasi.
Sebelum duit saya yang Allah kurniakan itu dirompak oleh pasaraya dalam keadaan yang saya tidak suka, saya memilih bagi memenuhi keperluan orang yang lebih memerlukannya.
Semoga lebih ramai orang yang dapat dibantu dengan menyelamatkan duit dari dirompak oleh pasaraya.
Sehingga hari ini kerajaan belum mewartakan undang-undang iaitu menjadi satu kesalahan merompak duit orang lain dengan mempengaruhi mereka (pengunjung) supaya berbelanja lebih.
Shamsuddin Kadir
Trainer & Writer
1 comments on “Pusat Membeli Belah Yang Merompak Duit”