Pesta Buku Antarabangsa 2009 Di PWTC

Insyaa-Allah saya akan berada di Putra World Trade Centre mulai 17 – 26 April 2009 bagi menemui pembaca, peserta seperti mana yang telah saya lakukan sejak buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang pada 2006. Setiap tahun saya akan berada di pesta bagi menyambut kehadiran semua pembaca buku-buku SK, peserta kursus yang dikendalikan oleh SK dan juga menemui bakal-bakal pembaca baru.

Semoga semakin ramai individu menjadikan membaca sebagai budaya hidup yang dikekalkan sehingga hari terakhir bernafas di atas muka bumi ini.

Jika semuanya berjalan lancar, KedaiBuku SK juga akan melancarkan peluang menjadi pengedar secara besar-besaran. Kepada yang berminat bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan dengan apa yang ditawarkan oleh KedaiBuku SK boleh mengemelkan ke info@kedaibukusk.com

Saya akan berada jika diizinkan oleh Allah di booth PTS dan insyaa-Allah di booth….Kedai….Buku…SK jumpa di sana.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *