Peluang Membantu Orang Lain Berjaya

Misi yang sedang di usahakan oleh Shamsuddin Kadir (SK) melalui Ultra Mind Resources dan KedaiBuku SK ketika ini adalah dalam usaha bagi membantu orang lain berjaya. Di mana kami sedang melatih supaya lebih ramai orang berjaya dan pada masa sedang mencari individu yang ingin membantu orang lain supaya berjaya.

Sasaran yang diletakkan adalah seorang individu bagi setiap sebuah keluarga supaya menjadi agen yang membantu orang lain berjaya. Apabila ianya dapat dicapai, Malaysia akan mengalami perubahan yang lebih drastik di mana masyarakat kita menjadi lebih celik ilmu, bijak, tenang, ceria dan baik.

Ianya dapat dicapai apabila setiap orang berjaya. Kami sedang mencari individu yang ada mana-mana ciri di bawah:

1. Individu yang ingin membantu orang lain tanpa memerlukan imbuhan berbentuk duit.

2. Individu yang ingin membantu orang lain dan memerlukan imbuhan berbentuk duit.

Misinya adalah kita ingin menjadikan individu di dalam masyarakat kita lebih cerdik dan berjaya.

Kepada yang berminat di dalam usaha ini boleh mengemelkan ke info@shamsuddinkadir.com dengan menulis subjek :Membantu orang Lain Berjaya dan tuliskan biodata ringkas di dalam emel tersebut termasuk no. telefon.

Kami akan mengadakan bengkel secara percuma bermula di Kuala Lumpur bagi memberikan pendedahan bagaimana kita dapat membantu orang lain berjaya.

Bengkel-bengkel membantu orang lain berjaya akan  bergerak ke seluruh negara Insyaa-Allah di atas sokongan individu yang ingin membantu orang lain berjaya.

Kepada Tuan dan Puan yang sudi bagi mewawarkan aktiviti membantu orang lain berjaya kepada rakan, saudara dan kepada sesiapa diucapkan ribuan terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Shamsuddin Kadir

info@shamsuddinkadir.com

www.ShamsuddinKadir.com

2 April 2009

2 comments on “Peluang Membantu Orang Lain Berjaya”

  1. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam Jai,

    Semakin ramai orang yang berjaya ada di sekeliling kita semakin makmur dan bahagia hidup kita sementara masih berada di dunia yang pertama ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *