Memiliki Budaya Membaca Dan Budaya Berguru

Apabila kita memiliki budaya membaca dan budaya berguru, antara perkara yang kita boleh jimatkan adalah duit, masa dan tenaga. Walaupun kita tinggal di dunia yang sama taraf kehidupan kita jauh berbeza dengan individu yang tiada budaya membaca ataupun budaya berguru.

Buku-buku yang baik dan juga mentor-mentor dari dikalangan masyarakat yang ada memiliki sekurang-kurangnya satu dari kualiti hidup membantu kita melangkah lebih jauh dari apa yang kita mampu lakukan.

Kita juga tidak dapat dipengaruhi oleh panggilan-panggilan dari jurujual ataupun sebarang kertas flyer promosi untuk kita membelanjakan duit kita. Kita menjadi semakin berkuasa apabila semakin banyak selok belok kehidupan kita tahu berdasarkan buku dan mentor yang memberi kita laluan selamat dan cepat.

Individu yang memiliki budaya membaca dan berguru adalah dikalangan individu-individu yang melakar sejarah. Mereka jarang melihat ke belakang, kerana mereka telah dipandu oleh peta iaitu buku dan panduan iaitu mentor.

Tarikh kita mati sudah ada, hanya kita yang tidak tahu, Allah tahu, malaikat juga tahu. Apabila hidup kita dipenuhi dengan budaya membaca, budaya bergur dan budaya membantu orang lain supaya turut berjaya, insyaa-Allah kita termasuk dalam kategori hidup yang penuh berisi dengan perkara yang bermanfaat. Bukannya hidup yang panjang tetapi kosong.

Perjalanan ke alam seterusnya iaitu Taman Barzakh adalah sesuatu yang kita tidak dapat tahu tanpa bantuan buku dan juga mentor. Kurangnya tahun tentang Alam Barzakh dan Akhirat, maka kurangnya usaha kita bagi sentiasa berada dalam keadaan sedia.

Hidup di dunia bukannya menanti hasil bagi setiap usaha kita, tetapi memastikan kita tidak pernah berhenti dari berusaha bagi memandaikan diri kita dan juga memandaikan orang lain dengan ilmu-ilmu yang halal dan baik.

Apabila kita berusaha bagi mengejar hasil, kita tidak berjaya bagi mencapai setiap hasil kerana yang menentukan umur kita adalah Tuhan. Apabila kita berusaha bagi mencari keredhaan dan keberkatan Allah, setiap saat waktu yang kita ada itu adalah hasil yang kita perolehi dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan ianya menjadi harta bagi digunakan di perjalanan yang seterusnya iaitu di Taman Barzakh.

Budaya Membaca, Budaya Berguru adalah Budaya Manusia Akhirat.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Writer

Emel: info@shamsuddinkadir.com

www.ShamsuddinKadir.com

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *