Lautan Di Luar Sana Sudah Diredahi

Ya Allah kurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada semua hambaMu yang cintakan kepada ilmu dan berusaha sedaya upaya bagi mengamalkan ilmu-ilmu yang bermanfaat. amin.

Ketika ini ada orang yang sedang dalam keadaan tertekan di sebabkan oleh perkara seperti di bawah:

1. Gaji tidak naik-naik, tetapi hutang semakin naik

2. Dari tiada hutang kad hutang, sekarang sudah tanggung 5 hutang kad kredit

3. Sekarang menangung hutang ansuran skim ansuran mudah bagi membeli ‘kehendak nafsu’

4. Membeli kereta dengan mengambil pinjaman sehingga 9 tahun

5. Membeli rumah sehingga terpaksa membayar jumlah yang besar setiap bulan sehingga 360 bulan (30 tahun)

6. Membeli telefon baru sama ada secara tunai ataupun ansuran hampir setiap kali model canggih dikeluarkan

7. Membeli hiasan-hiasan diri, aksesori kereta dan rumah yang akhirnya membebankan diri

8. Tersilap membeli rumah yang akhirnya terbengkalai

9 Tersilap membeli kereta yang tidak boleh memuatkan banyak barang iaitu kereta 2 pintu.

10. Menangung kos yang tinggi menghantar anak ke tadika yang eklusif

11. Kos susu dan pamper berjenama tinggi yang turut merompak duit gaji bulanan

12. Gaji sudah sampai tangga gaji maksimun kerana tidak sambung belajar

13. Melabur di tempat-tempat yang kabur, akhirnya semua duit melayang

14. Tiada duit simpanan, bila sakit yang tidak diminta tiba…

15. Hutang kenduri kahwin belum habis di bayar, anak sudah 2, isteri sudah tiada (bercerai)

16. Kos sambut hari jaya, ulangtahun, …. yang sudah tinggi, tetapi tiada prestasi yang naik

17. Bebanan dengan gaya hidup yang dipilih dan ditentukan sendiri

18. Dibuang kerja, pendapatan tiba-tiba hilang…

19. Ditinggalkan suami, baru mula hendak berfikir apa yang perlu dibuat

20. ….. … … …

Perkara-perkara seperti di atas bukan baru berlaku pada hari ini, tetapi sudah berlaku sejak beratus ataupun beribu tahun yang lalu.

Lautan di luar sana sudah diredahi oleh orang yang terdahulu, tidak perlu kita meredahinya sekali lagi, kerana bebanannya tidak sanggup kita tanggung nanti.

Bagaimana kita ingin tahu apa yang telah dilalui oleh orang yang telah meredhai segala apa yang di atas ? Buku yang ditulis berdasarkan pengalaman yang dilaluinya serta pengalaman orang lain yang dimuatkan bersama. Berapa kos bagi mempelajari dan mengetahui bebanan orang yang telah menangungnya? RM 20 sahaja.

Insyaa-Allah Shamsuddin Kadir akan berada di Pesta Buku Antarabangsa di Putra World Trade Centre (PWTC), pada hari Sabtu 18 April 2009. Jumpa SK di booth PTS.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Writer

Emel: info@shamsuddinkadir.com

www.ShamsuddinKadir.com

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *