Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Untuk Atlit

Syukur kepada Allah di atas perjalanan kursus yang lancar dan berjaya mencapai matlamat dengan kehadiran para atlit yang memberikan lebih dari 100% komitmen. Tahniah kepada semua atlit.

Peserta yang terdiri dari atlit ini adalah batch pertama yang dihantar bagi melengkapkan setiap Atlit dengan kemahiran memulakan bisnes sendiri. Ini bagi membantu mereka menjadi orang yang lebih berjaya dalam kehidupan dan tidak perlu bergantung hanya kepada satu-satunya peluang iaitu makan gaji.

Terima kasih kepada Pengarah Hal Ehwal Atlit iaitu Puan Hajjah Zaiton Othman dan juga pegawainya iaitu Puan Norrul Huda Ngah yang telah merealisasikan bengkel ini.

Apa kata peserta Kurus Berhijrah Menjadi Usahawan iaitu Atlit :

“Excellent and En. Shamsuddin Kadir done a great program. Hope can see u again but I will be a businesswoman” Fidrah – Atlet lawn bows Malaysia

“Sangat bagus dan terhibur” Noor Idayu Bt Remey

“Program yang berjaya, selesa dengan penceramah” Khairul Anuar Abd Kadir

“Diharap program seperti ini akan diadakan lagi dan ada lebih banyal lagi aktiviti-aktiviti yang menarik” Nazimatul Husna” & “Program ini sangat bagus” Nazimatul Husna

“Bagus bagi membentuk usahawan muda yang berjaya” Fairul Izwan Abd Muin

“Gembira, dapat sesuatu yang baru dan dapat membantu membuat bisnes” Harnizam Basri

“Kursus ini amat bagus dan terhibur. Dapat banyak mempelajari. Jika ada lagi kursus ini saya akan join lagi” Norfaraha Hashim

“Boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat” Muhammad Edrus Md Yunos

“Mempelajari bagaimana untuk berniaga sendiri dan kaya sama dalam kumpulan” Darrel Josie

“Tertarik serta membuka minda. Jika diberi peluang saya akan mengikuti program ini lagi” Mohd Jauhar Ikhwan Ismail

“Sangat berguna dan membantu dalam kewangan” M. Azwan

“Program ini secara keseluruhan dapat membantu saya berfikir sebagai seorang usahawan yang berjaya” Mohd Jauhar Ikhwan Ismail

“Padat dan senang difahami” Muhd Firdaus Izwan

“Terhibur, mendapat ilmu dan sekiranyan ada lagi kursus seperti ini, saya ingin datang lagi” Junaidi Mohamad Nasir

 

“Sangat berguna dan harus diadakan lagi” Junaidi Mohamad Nasir

“Sangat berguna bagi atlet yang tidak lagi terlibat dalam sukan untuk menceburi dalam bidang keusahawanan” M. Faiz Syarifuddin Abdul Kadir

Apabila ditanya kepada peserta, Apa yang boleh kami perbaiki/tingkatkan untuk program kami yang akan datang, antara jawapan bertulis yang diterima:

1. Banyakkan lagi kursus-kursus seperti ini

2. Memberitahu kepada Atlet lain supaya lebih ramai lagi mengikuti program ini.

3. Lebihkan lagi masa kursus (ketika ini kursus sehari)

4. Menjemput lebih ramai peserta lain.

5. Melanjutkan masa (tidak cukup sehari)

6. Banyakkan lagi aktiviti

Insyaa-Allah kita akan adakan lagi bagi atlit-atlit lain secara batch selepas mendapat undangan dari Puan Hajjah Zaiton dan Puan Norrul Huda.

Tentang masa kursus, insyaa-Allah kita akan adakan kursus yang seterusnya bagi peserta yang sama jika diperlukan bagi memastikan setiap peserta mendapat manfaat terbaik setiap kemahiran yang dipelajarinya.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Writer

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Emel: info@shamsuddinkadir.com

www.ShamsuddinKadir.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *