Bicara bertajuk Merompak Diri Sendiri membuka banyak isu baru kepada para penonton di mana pemanggil yang berjaya ke udara terus menerus ingin penjelasan lebih lanjut berdasarkan situasi mereka.
Merompak diri sendiri adalah tabiat yang tidak baik kerana ianya merampas apa yang penting dalam hidup ini iaitu perasaan tenang. Kita juga tidak perlu salahkan kepada diri kita sendiri jika kita hanya menyedari tentang merompak diri sendiri hari ini. Apa yang kita boleh buat antaranya adalah membuat ubahsuai jumlah perbelanjaan bulanan kita supaya tidak melebihi 70% dari gaji yang dibank in ke dalam akaun kita. Gaji selepas di tolak KWSP dan Perkeso bagi yang berkerja di sektor swasta. Bagi individu yang bekerja di sektor awam hanya perlu menolak dengan apa yang diwajibkan oleh kerajaan kepada setiap kakitangannya.
Kepada individu yang ingin melakukan dengan cara yang lebih teratur, boleh membaca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ yang sudah diterbitkan pada penghujung 2006 dan telah juga diterbitkan di Indonesia pada tahun 2008.
Jika kita bekerja dan ingin melihat kepada satu dimensi baru, buku Makan Gaji Tetapi Kaya juga memberikan kepada kita satu lagi peluang bagi melangkah jauh kehadapan.
Buku-buku ini ada di jual di kedai-kedai buku, jika ianya tidak berjaya diperolehi di kedai buku, boleh membelinya di halaman ini. Sila klik di ruangan sebelah kanan yang berkenaan dengan buku.
Perompak yang paling bahaya dalam hidup kita adalah diri kita sendiri. Peluang kita merompak di kita sendiri amat tinggi berbanding peluang orang lain merompak diri kita sendiri.
Kita tidak dapat mengawal secara 100% bagi mengelakkan orang lain merompak kita, tetapi kita boleh mengawal 100% diri kita supaya tidak merompak diri sendiri. Derita merompak diri sendiri membawa ke liang lahad kita ianya tidak dikawal ataupun dihentikan hari ini.
Shamsuddin Kadir
‘Bicara ‘Salam Kosong’ di Selamat Pagi Malaysia, RTM 1 pada hari Ahad 12 April 2009, yang akan dijayakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.