Pinjaman Menjadi Satu Adat Wajib

Di zaman ini meminjam adalah menjadi perkara yang paling mustahak di dalam kehidupan. Tidak sah kalau tidak meminjam. Pengaruh budaya tidak baik ini juga sudah menular di Malaysia.

  • Kahwin meminjam
  • beli tv meminjam
  • bayar hutang meminjam
  • beli barangan dapur – basah ataupun kering meminjam
  • beli tiket kapal terbang meminjam

Boleh dikatakan hampir semua aktiviti yang boleh dilakukan dengan meminjam, dilakukan oleh individu yang menjadikan meminjam sebagai adat. Apabila kita belum jelas antara keperluan dan kehendak, kita biasanya akan masuk perangkap kewangan. Seperti mana kahwin, majlis boleh dibuat sederhana yang boleh, tidak perlu ada hantaran gubahan, tidak perlu ada khemah sampai 7 dan tidak perlu ada pelamin jika kita tidak mampu menyediakannya sebagai tunai.

Hutang yang dibuat berdasarkan kehendak membuatkan hidup kita bertambah susah dan sempit. Ianya hanya membantu memberi nikmat yang terlalu pendek tetapi merana sepanjang masa.

Walaupun pinjaman ataupun pembiayaan itu harus terutama di zaman ini bagi memiliki rumah dan kereta. Ianya tidak boleh digunakan sewenangnya. Jika pendapatan yang diterima pada setiap bulan datang dari sumber wang gaji, pembiayaan membeli kereta sebaiknya adalah kereta yang perlu sahaja. Kereta-kereta yang berharga lebih dari RM100,000 adalah sesuatu yang membebankan apabila dibeli mengunakan duit wang gaji.

Bagi individu yang ingin membeli kereta lebih besar, gunakan ‘duit orang lain’ bagi membelinya. Ketika ini kereta yang ada di luar sana boleh dibeli dengan harga serendah RM 10,000.

Had kan perbelanjaan meminjam kepada rumah dan kereta sahaja sebaiknya. Jumlah pembiayaan bagi membeli rumah ataupun kereta mestilah di dalam batasan mampu dan bukannya layak yang ditentukan oleh bank.

Individu yang membeli kereta yang lebih selesa dari apa yang mampu dibayarnya, mereka ketika ini merasai kenapa kita tidak boleh beli kereta yang lebih selesa dari apa yang kita mampu membayarnya.

Apabila kita tidak gembira ataupun tenang ketika membayar ansuran pinjaman itu, ianya sebenarnya menunjukkan kita sudah memiliki satu bebanan yang tidak sepatutnya kita pikul.

2 comments on “Pinjaman Menjadi Satu Adat Wajib”

  1. zass Reply

    Benar Tn SK, tidak gembira dan tidak tenang disebabkan hutang itu meruntuhkan kualiti hidup kita. 🙂

  2. dira Reply

    Tuan SK,
    Saya salah seoang yg tidak suka berhutang benda yg tidak perlu.Cuma untuk kereta dan rumah terpaksalah berhutang.Kereta saya sudah berusia 13 tahun dan belum ditukar lagi.Baju untuk hariraya pun sudah 6 tahun tak berganti kerana saya sudah berhenti kerja.Bukannya kedekut tetapi pakaian kerja masih elok dan boleh dipakai lagi.Bagi saya luaran tidak penting asalkan masih elok.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *