Apabila semuanya siap seperti yang dijadualkan, Tuan dan Puan yang ingin membeli buku tulisan SK boleh membelinya melalui KedaiBuku SK. Insyaa-Allah setiap belian buku-buku tulisan SK akan terus mendapat autograf dari SK walaupun urusan pembelian telah diambil alih oleh Kedai Buku SK. Kedai Buku SK dimiliki oleh Puan Nor’Aini Mohamed Noor, seorang penulis. Perkataan SK adalah di ambil sempena Shamsuddin Kadir, nama kedai itu adalah idea 100% dari Puan Nor’Aini sendiri.
Buku-buku Shamsuddin Kadir termasuk dalam senarai ‘Buku-buku Berinspirasi’ yang dijual oleh KedaiBuku SK. Pada ketika ini KedaiBuku juga sedang mencari ‘Duta-Duta Cilik’ bagi menginspirasikan ahli keluarga, rakan sekerja, jiran, saudara mara dan orang yang masih asing yang ditemui.
Kenapa ada individu yang suka menginspirasikan orang lain? Salah satu ciri kepimpinan adalah meningkatkan semangat orang lain dan juga membantu orang lain supaya berjaya. Orang yang membantu orang lain berjaya, akan lebih berjaya dari orang yang dibantunya itu.
Kepada yang berminat menjadi Duta-Duta boleh mengemelkan ke info@shamsuddinkadir.com, Kedai Buku SK akan mempunyai halaman website dan emelnya sendiri.