Apabila sekumpulan individu yang melihat ekonomi negara gawat dan merasakan duit mereka tidak cukup bagi menampung ‘gaya hidup’, mereka mencari mata kail.
Apabila sekumpulan individu yang melihat gelagat kumpulan di atas, mereka menyediakan mata kail beracun bagi menjadikan individu yang ‘gawat’ itu sebagai mangsa bagi mendapat duit. Ini menyebabkan individu yang sedang dihimpit dengan hutang dan beban terpaksa menangung lebih banyak hutang selepas termakan mata kail beracun.
Berhati-hati dengan peluang-peluang menjadi kaya, kerana sebahagian besarnya adalah mata-mata kail beracun.
Jika kita ketika ini sedang dihimpit dengan bebanan kewangan, apa yang kita boleh buat adalah :
- Baca buku-buku kewangan antaranya adalah ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’, ‘Supaya Poket Tidak Kosong Lagi’ ‘Duit bertambah banyak’, Cukup Wang Hati Tenang’ dan banyak lagi.
- Jika Tuan dan Puan makan gaji – baca juga buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ Ianya juga membicarakan tentang Bom Jangka. Apabila kita mengetahui tentang bom Jangka, kita dapat menyediakan solusi sebelum ianya meletup.
- Bagi mengelakkan anak-anak membelanjakan duit secara berlebih-lebihan ataupun membazir, hadiahkan kepada mereka buku ‘Biskut Ajaib RM 11.50, dan buku ‘Garaj Aiman RM 13.50
- Bagi meningkatkan keyakinan kepada diri, boleh dapatkan buku 55 Petua Orang Berjaya, harganya tidak lebih dari RM 20.
Apabila minda kita dipenuhi dengan ilmu-ilmu terutama dalam kewangan, ianya membantu kita mengurangkan kos yang tidak perlu dan pada masa yang sama menambahkan lagi sumber pendapatan kita.
Antara pembaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang yang terawal, adalah seorang wanita menangung hutang kad kredit sebanyak RM 13,000 pada tahun 2006, beliau tidak percaya bahawa sebuah buku dapat menghilangkan masalahnya itu. Selepas buku itu dicadangkan kepadanya, beliau membeli dan membacanya dan akhirnya dalam masa 6 bulan semua hutangnya itu selesai dibayar. Pada ketika ini beliau bukan sahaja tidak lagi menangung hutang yang tidak perlu, beliau juga telah memiliki 4 buah rumah yang dibeli sejak jatuh cinta dengan buku-buku yang berinspirasi.