Alhamdulilah bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji bagi individu yang memilih bagi menjadi Usahawan berjaya mulai tahun 2009.
Perjalanannya lancar dan peserta juga berjaya menghasilkan output aktiviti yang amat berguna, saya percaya peserta dari sesi kedua ini juga berjaya mencapai target bagi menjadi usahawan sepenuh masa sebelum berakhirnya tahun 2009.
Banyak idea-idea yang bernas dan amat pratikal bagi dijalankan dihasilkan oleh para peserta. Bukan sahaja mereka, saya juga cukup teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka. Mereka ini benar-benar komited untuk berjaya.
Pada kali ini peserta paling jauh adalaah dari Kluang, Johor iaitu Tuan Hairizal @ Jai dan Tuan Sukeri dari Muar, Johor.
Apa kata peserta yang telah menghadirinya ” Bengkel ini membuatkan saya memandang makan gaji itu sesuatu yang sangat berbeza perspektifnya dari sebelum ini”- Tuan Sukeri www.sukeri.com
“Ya, Saya pasti akan memberitahu rakan-rakan yang lain untuk memulakan langkah pertama kejayaan hidup” Tuan Jai www.glowglokal.com
“Bagus untuk Build New Future” Tuan Faizal
“Keyakinan saya bertambah kuat, berkat naishat dan panduan yang diberikan oleh SK”. Tuan Ridzal Yusof dari Bangi,
“Tuan SK bukan sahaja memberikan nasihat dan panduan tetapi memastikan pesertanya mempratikkan apa yang telah dipelajari” – Tuan Ridzal Yusof, Bangi
“Selepas setiap persembahan peserta, Tuan Shamsuddin dapat komen/ulasan dengan lebih mendalam. Ini mungkin perlu masa yang lebih. Jadi satu hari mungkin tidak cukup” Puan Fatimah Zahrah, Bangi
“Bagus, membuka minda dan menunjuk jalan untuk membuka bisnes dengan penuh semangat dan keyakinan” Puan Padzilah Enda
Sekali lagi, bengkel berhijrah tidak membincangkan tentang peluang memulakan bisnes melalui : Skim Cepat Kaya, MLM, Direct Selling, Unit Trust, Insurans dan yang sewaktu dengannya.
Bagi yang belum dan ingin menyertainya, peluang terakhir ada di hadapan iaitu pada 28 Mac 2009 iaitu pada hari Sabtu adalah bengkel Berhijrah Sesi Ketiga dan merupakan sesi yang terakhir buat masa ini. Insyaa-Allah bengkel kewangan dan juga melabur dalam hartanah akan menyusul. Bagi Bengkel Berhijrah bakal di adakan di Pantai Timur, Melaka, Johor dan Utara dan berkemungkinan besar ianya akan dibawa ke Malaysia Timur.
3 comments on “Maklum Balas dari Bengkel Berhijrah Sesi Kedua”