Apabila kita melihat kos hidup kita setiap bulan ataupun secara tahunan, kita akan dapati kita sudah membelanja bagiĀ keperluan dan kehendak. Adakah kita berpuasa hati dengan duit yang dibelanjakan dengan kehendak dan masih meninggalkan memori indah?
Ada individu yang lebih suka membeli DVD Player dan seterusnya membeli DVD movie pada setiap bulan tanpa tertinggal. Menonton wayang bersama keluarga, makan di makanan segera dan membeli handphone baru setiap kali keluarnya model baru. Ini di antara kehendak yang bukannya keperluan. Adakah kita masih merasa seronok apabila diceritakan lagi tentang movie yang kita tengok sekeluarga? Apakah perasaan kita setiap kali kita membicarakan tentang handphone yang kita sudah beli sejak pertama kali mengunakannya.
Kebiasaannya melayani kehendak seperti di atas hanya memberikan kita kepuasaan kita kita memilikinya. Contohnya, makan makanan segera hanya membuatkan kita rasa puas untuk sementra waktu dan akhirnya rasa sedikit menyesal di atas duit yang dibelanjakan. Proses ini berulang lagi apabila kita melayani lagi kehendak tersebut.
Begitu juga menonton movie dari DVD yang baru dibeli, ianya hanya memberikan kita kepuasaan ketika menontonnya, itupun jika movie itu menarik. Jika kita melihat kembali lambakan DVD di rumah kita, kadangkala timbul rasa menyesal terutama ketika kita tiada duit.
Perkara yang boleh membuatkan kita rasa lebih gembira dan memori itu dapat diulang-ulang pada setiap masa dan membantu memotivasi kita ketika berduka adalah pergi melancong. Peruntukan duit-duit yang dapat diselamatkan dari dibelanjakan bagi DVD, makanan segera dan barangan hiasan yang tidak perlu digunakan bagi membiayai percutian sekeluarga.
Kita membelanjakan duit bukan di sini tetapi di sana iaitu di destinasi percutian kita. Tempat seperti Kundasang yang berhampiran dengan Gunung Kinabalu dan Ranau merupakan satu dari tempat percutian yang sejuk dan tenang. Dengan tiket kapal terbang bajet kita boleh mendapatkan kos seorang sebanyak RM200 pergi dan balik.
Bagi individu yang hidup terutama di bandar, tekanan yang dihadapi semakin tinggi dan merehatkan minda di tempat seperti itu membuat kita tenang. Bagi menikmati rasa tenang yang berpanjang, bawa kamera bersama supaya kita dapat mengambil gambar. Jiwa yang kacau dapat kembali tenang apabila mengimbas kembali memori yang indah itu. Gambar yang diambil dan diletakkan ditempat yang sesuai di rumah dan pejabat memberikan kita kebebasan untuk menikmati hidup yang ceria sepanjang masa.
Bawa buku bersama ketika kita melancong.
2 comments on “Kurang Di Sini Lebih Di Sana”