Kereta Mewah & Rumah Besar Sebagai Umpan

Apabila ilmu yang ada pada diri masih cetek, matlamat hidup menjadi kabur. Hanya simbol duit ataupun mewah yang menjadi matlamat hidup. Biasanya orang yang hidup di dalam keadaan senang dan akhirnya ditimpa tangga sibuk mencari peluang menjadi kaya dengan mudah. Senang yang dimaksudkan disini, ada duit gaji yang cukup pada permulaan, selepas diambil pinjaman beli kereta, rumah, kad kredit, skim ansuran mudah dan pinjaman peribadi hidup semakin tertekan.

Banyak peluang yang disediakan oleh beberapa individu tertentu yang menawarkan peluang bagi kita menjadi kaya. Mereka mempamerkan gambar-gambar kereta mewah dan rumah besar sebagai usaha menarik orang bagi menyertai mereka.

Individu yang tersempit dan cetek dengan matlamat hidup terpedaya dan terikut dengan tawaran sedemikian. Sudahkah kita mengkaji dari mana duit yang mereka dapat?

Jika tiada bisnes real yang dijalankan, sudah pasti ianya satu lagi bisnes skim cepat kaya yang telah diinovasikan bagi menarik orang yang masih cetek.

Kajian telah dibuat, di atas dua orang yang berbeza dari segi ilmu tetapi mempunyai masalah kewangan yang sama. Di dapati hanya yang cetek ilmu yang terjebak dengan satu lagi masalah hidup. Yang tidak rabun ilmu tidak berminat bagi mengikutinya, kerana mereka tidak mahu dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama dua kali. Ular itu sudah mematuk kawannya.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *