Diari SK: Sehari Di Angkasapuri (RTM)

Alhamdulilah pada hari Isnin 30 Mac 2009 saya berada di Angkasapuri bagi menghadiri rakaman rancangan Respons. Dua rakaman yang telah berjaya dibuat adalah bertajuk ‘Letak Di Situ’ dan ‘Keliling Pingang’ yang berkaitan dengan adab-adab ‘kewangan’ masuk ke pasaraya dan Tanda-tanda orang yang berhutang. Ini adalah jemputan kali kedua oleh Puan Norziha yang cukup peramah dan rendah diri. Pihak Puan Norziha juga mengambil gambar sewaktu rakaman bagi mengiklankan di suratkhabar tentang program Respons yang belum diketahui secara meluas oleh umum.

Selepas tamat lebih kurang pukul 2 petang, saya ke Wisma TV bagi berjumpa dengan Kak Mis, Kak Su dan Kak Shima, yang masing-masing sentiasa menyokong dan memberikan semangat yang terlampau tinggi. Mereka adalah individu-individu yang cukup baik hati, baik sangka dan peramah. Saya mengenali mereka sewaktu menjadi tetamu jemputan di Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada bulan Januari yang lalu.

Insyaa-Allah jika tiada aral melintang saya berkemungkinan besar akan menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia untuk kali kedua pada 11 April ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Saya pulang ke Shah Alam pada pukul 5 petang dan datang kembali ke Angkasapuri pada pukul 8.00 malam bagi mengikuti rakaman secara langsung isu khas berkenaan pilihanraya kecil. Tuan Sayed Munawar menjadi pengacara yang dihadiri oleh 3 orang tetamu jemputan. Saya berada di sana bagi melihat bagaimana tugas seorang pengacara menjayakannya.

Tepat pukul 11 pagi saya bergerak keluar dari Angkasapuri. Insyaa-Allah saya akan datang lagi.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *