Pada hari Khamis 12 Mac 2009, SK menghadiri dialog antara Ketua Pengarah dan penulis yang diadakan di aras 5, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Lebih kurang 80 orang penulis dari seluruh Malaysia menghadirinya. Cikgu Dari Galeri Ilmu, Dr. Lim Swee Tin dari UKM dan Tuan Utaya dari RTM antara mereka yang hadir.
Ini adalah projek julung kali diadakan oleh pihak PNM bagi mendapatkan maklum balas dari penulis tentang keperluan semasa bahan bacaan untuk masyarakat dan projek pembelian karya terus dari penulis.
Apa yang SK boleh katakan, program ini adalah suatu langkah yang teramat baik dan berharap agar ianya terus menerus diadakan dari masa ke semasa.
Terima kasih juga kepada para pembaca yang telah memberi sokongan dan akhirnya buku Kaya Dengan Rumah terpilih oleh PNMÂ bagi dibekalkan ke 1089 buah perpustakaan desa di seluruh negara.