Kuliah Subuh Di Masjid TTDI Jaya

Sejak pukul 6 pagi saya sudah berada di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam bagi menyampaikan kuliah subuh pada pagi ahad setiap minggu ketiga.

Saya terlintas bagi membaca ‘Talkin’ sebelum memulakan kuliah subuh dan telah menyiapkan bacaan tersebut malam sebelumnya. Cuma saya terkilan kerana tiada replika ‘mayat’ bagi sama-sama merasa lebih insaf dan meningatkan tetang ‘kiamat kecil itu’.

Apabila tiba di perkarang Masjid, saya terkejut apabila melihat van jenazah sudah berada di pintu masuk utama Masjid dan mendapati ada jenazah di dalam Masjid.

Seolah-oleh talkin itu sudah dirancangkan. Alhamdulilah, saya teruskan hasrat bagi membaca ringkasan ‘talkin’ sebelum memulakan bicara ‘Muslim Bersatu’.

Berasaskan bacaan di dalam sembahyang iaitu

“Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya semata-mata kerana Allah” Bacaan yang di fahami dan dipratikkan menjadikan kita Muslim Sejati.

Selepas kuliah subuh, saya juga mengikuti sembahyang jenazah yang bermula sekitar pukul 10 pagi dan mengikuti rombongan ke taman barzakh bagi upacara pengembumian simati itu. Tepat pukul 12.10 tengahari saya pulang ke rumah. Si mati baru berusia 33 tahun. Sama dengan umur saya sebelum bulan Mei 2009.

Alhamdulilah, sudah lama juga saya tidak melawat Taman Barzakh. Melihat liang lahat itu, semakin sedar, siapalah aku.

Terima kasih juga kepada Tuan Baba yang bertugas di Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mengimarahkan rumah Allah itu.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *