Apa pandangan tuan tentang skim pembelian barangan dan proses mencari downline yang banyak diperkatakan kini.
Saya ingin mencuba nasib , tetapi takut untuk gagal menjelaskan hutang jika sekiranya syarikat tersebut bankrup atau tidak mendapat downline.
Terima kasih
JA
————————–
Apabila kita menyertai bisnes mencari downline suatu perkara yang kita perlu ketahui adalah kita tidak berkuasa dalam menentukan apa yang akan dilakukan oleh bisnes yang berasaskan konsep MLM itu. Apa yang berlaku kepada kita apabila syarikat itu tutup, bankrap dan hilang?
Bagaimana kita ingin meletakkan muka kita apabila orang-orang dibawah kita telah menabur wang. Hampir semua bisnes mencari downline, kita sebenarnya membuat duit dari duit yang dimiliki oleh downline kita.
Setelah meneliti hampir kebanyak produk dan sistem pemasaran secara MLM, Direct Selling, hampir 90% dari bisnes jenis ini, berakhir separuh jalan. Ramai juga ahli yang telah diberikan kereta mewah dan dan kini sudah papa. Mengikut satu kajian yang dibuat, seorang ahli MLM yang telah berjaya memiliki downline yang banyak dan aktif sudah memiliki kereta Mercedez Benz pada tahun 1992 dan hanya dapat mengunakan kereta tersebut bagi 2-3 tahun sahaja sebelum pendapatannya jatuh merudum.
Tahun 2009 adalah tahun terbaik bagi mana-mana individu bagi memulakan bisnes sendiri yang kita sendiri yang dapat tentukan hala tujunya. Masuk bisnes menjual produk ataupun servis yang benar-benar memberikan keuntungan dan kebaikan kepada pembeli.
Cuba cari berapa orang yang menceburi bisnes mencari Downline yang dapat hidup dengan tidak mengharapkan duit dari downlinenya itu ? Dan lihat berapa lama mereka dapat hidup senang. Jika Puan berjumpa dengan orang yang senang melebihi 15 tahun, mungkin Puan boleh mengikuti jejak langkahnya.
Insyaa-Allah jika sempat saya akan bincangkan sedikit di dalam bicara “Komersilkan Kelebihan Mu” di Selamat Pagi Malaysia, 14 Februari 2009 nanti di RTM1.
Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji juga sesuai dengan kakitangan yang ingin terus kekal makan gaji tetapi mempunyai pendapatan tambahan yang tidak menganggu kerja di pejabat. Sumber pendapatan itu kita mempunyai kuasa sepenuhnya.
1 comments on “Bisnes Mencari Downline Tumbuh Seperti Cendawan”