Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Di awal tahun 2009 saya secara tidak sengaja terserempak dengan seorang wanita bersama seorang kanak-kanak berada di dalam sebuah kereta, sedang menunggu suaminya membeli belah di dalam pasaraya. Sebelum saya terpandang wanita dan seorang kanak berumur 8 tahun ++ itu, saya terpandang kereta yang dinaiki oleh mereka iaitu sebuah Proton Iswara yang terlalu daif catnya. Di mana cat terutama di bahagian bonet depan yang menutupi enjin sudah 100% berkarat dan secara 90% body kereta itu telah berkarat seribu.
Rasa simpati kepada wanita tersebut dan keluarganya mula menjalar ke lubuk hati saya, tiba-tiba mata saya terpandang ke arah beberapa bungkus kotak sederhana yang sedang dipegang oleh wanita ini. Saya cukup sedih apabila melihat jenama makanan segera yang tertera pada kotak dan plastik itu. Di tanggan sebelah kanan, beliau sedang memeggang peha ayam yang sudah tinggal separuh isinya.
Dalam keadaan hidup yang terlalu daif dan sengkek itu, beliau memilih hari itu bagi menikmati ‘sedap’.
Apabila kita tidak dapat menanguh kepuasaan, semuanya ingin dirasai hari ini sedangkan esok mungkin tiada lagi kesedapan dalam hidup akibat tindakan kita pada hari ini
Shamsuddin Kadir
Teluk Cempedak, Kuantan
Pahang
1 comments on “Biar Sengkek Janji Sedap”