Dukacita dimaklumkan yang saya dan saudara MA (bukan nama sebenar) tidak dapat menghadiri Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji pada 24 Januari 2009. Ini berikutan berlaku kes kecemasan (keluarga sakit) yang memerlukan kami berada di kampung.
Kami berdua memohon maaf di atas kesulitan yang timbul. Berkenaan yuran yang telahpun dijelaskan, kami tidak akan menuntutnya kembali sebaliknya mengamanahkan kepada Tuan Sham untuk berbuat apa yang difikirkan baik (didermakan dsb). Semoga apa yang Tuan Sham lakukan akan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah S.W.T dan tempiasnya turut dinikmati oleh kami berdua.
Sekian, terima kasih dan harap maaf.
Salam hormat,
RZ (Bukan nama sebenar)
23 Jan 2009
—————————————–
Salam Puan,
Saya doakan agar Allah menyembuhkan keluarga Puan yang ditimpa ujian itu dan semoga ujian yang diterimanya itu mendekatkannya lagi dengan Allah dan semoga amalan juga bertambah di atas setiap kesabaran yang dilalui oleh keluarga puan yang sakit itu. Saya juga mendoakan agar Allah melimpahkan kepada Puan sekeluarga dengan limpahan kebaikan yang ada di dalam dunia ini, sebagai ehsan dari Allah bagi setiap kebaikan yang Puan lalukan kepada ahli keluarga yang sakit itu. Amin.
Selepas meneliti sebab Puan dan suami tidak dapat hadir dan mengambil kira individu lain yang telah menghantar emel bagi menghadiri bengkel, kami telah membuat membuat satu keputusan. Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji akan diadakan lagi pada :
- Hari Sabtu bersamaan 28 Februari 2009, masa 8.50 pagi – 4.30 petang
- Hari Sabtu bersamaan 28 Mac 2009, masa 8.50 pagi – 4.30 petang
Lokasi . Kuala Lumpur, kami akan memaklumkan lokasi sebenar selepas mendapat pengesahan daripada pengurus tempat latihan. Sehingga di saat ini, tempat yang dicadangkan adalah Taman Permata, bersebelahan Giant Taman Permata, Hulu Kelang. Yuran bengkel RM 150 sahaja.
Puan boleh memilih bagi menyertai mana-mana satu bengkel di atas tanpa perlu membayar lagi, ataupun Puan boleh memilih untuk mendapat kembali duit tersebut. Di mohon Puan di ruangan diskusi kuliah, bagi kami mengambil tindakan selanjutnya.
Dipersilakan Puan dan tetamu SK yang lain yang berminat dengan mana-mana tarikh tersebut untuk menghantarkan emel (info@shamsuddinkadir.com) bagi kami memasukkan dalam senarai yang terhad itu. Hanya 25 orang di ambil bagi setiap sesi itu. Bagi individu yang baru ingin menyertainya boleh menghantarkan emel terlebih dahulu, apabila telah menerima emel tentang kekosongan tempat, boleh mula membuat pembayaran. 25 individu yang membuat pembayaran terawal akan nama peserta yang muktamad. Di mohon Tuan dan Puan menyatakan tarikh bengkel yang disertai.
1 comments on “Tetamu SK:Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji”