Mohon pandangan dari En Sham. Saya isteri berkerja mempunyai 2 anak (setahun 8 bulan dan 8 bulan)
1) Tujuan saya : Membeli rumah berharga : RM268,650.00 dan setelkan bayaran 2 buah kereta
2) Gaji bersih saya : RM3000, Gaji bersih suami : RM2093
3) Liability saya : Kereta (balance RM34,500-utk 4 thn) Liability suami : rumah, kereta (balance RM20,100-utk 3 tahun), personal loan RM27000
4) Gaji bersih saya – belanja = RM1482 Gaji bersih suami-belanja = RM1543
5) Plan saya :
1) Guna duit EPF + Loan RM200,000 + Personal loan RM50000 utk bayar rumah
2) Ada balance RM12000 from (1) + ASB saya akan gunakan utk full settlement kereta suami
3) Saya akan settlekan kereta saya dan membuat pembayaran utk 18 bulan. So sebulan kena tolak RM1800
6) Utk tempoh 18 bulan ini, Duit dalam tangan saya setiap bulan hanya RM250, dan suami RM793 shj.
Adakah plan ini bagus atau tuan ada cadangan lain? Goal saya utk selesaikan kedua2 pembayaran kereta sebelum loan rumah ditolak dari gaji. Syarikat akan start buat pemotongan gaji setelah pemaju membuat 95% claim. Sekarang rumah under construction. Mohon pendapat tuan. TQ
Di ambil dari komen From Bicara Azam Kewangan 2009 Di TV3, 2009/01/02 at 11:53 AM
AM (Bukan Nama Sebenar)
—————————
Salam Cik Puan AM,
Pertama-tamanya saya mengucapkan tahniah, kerana cik puan dan suami berdisiplin dalam memastikan belanja tidak lebih dari 30% gaji bersih (gaji kasar – EPF dan Socso). Tahniah, tahniah, tahniah.
Pelan yang Cik Puan pilih mestilah terus mengekalkan maksimun simpanan (perlaburan dan kecemasan) adalah 30% dari duit gaji bersih.
Saya kurang jelas tentang pembayaran untuk 18 bulan itu untuk apa. Walau bagaimanapun saya akan memberi pandangan kasar berkenaan pertanyaan di atas.
Saya tidak bersetuju Cik Puan membuat pilihan mengambil pinjaman peribadi iaitu sebanyak RM50,000 kadar keuntungan yang diambil oleh bank tinggi kerana tiada cagaran. Saya percaya Cik Puan boleh keluarkan dalam jumlah yang lebih banyak dari EPF.
Saya mencadangkan agar personal loan suami berjumlah RM27,000 diselesaikan terlebih dahulu. Selepas itu Puan boleh menyelesaikan pinjaman kereta suami terlebih dahulu kerana jumlahnya lebih rendah.
Bagi duit yang Puan ada selepas mengikut pelan puan sebanyak RM1,000 masih di dalam peringkat yang selamat, jika Puan dan suami tidak ada masalah disiplin diri iaitu hutang kad kredit.
Secara umumnya saya bersetuju dengan pelan Puan tetapi tidak bagi mengambil pinjaman peribadi yang berjumlah RM50,000 itu.
Saya mengalu-alukan Tuan dan Puan yang membaca entri ini bagi memberikan cadangan, pandangan kepada Cik Puan AM (Bukan nama sebenar).
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Puan dan Suami kerana berfikir, merancang sebelum melakukan.
Saya cukup teruja dengan semangat Disiplin urus duit gaji yang ada pada keluarga ini.
7 comments on “Tetamu SK: Azam Kewangan 2009”