Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jika diizinkan oleh Allah, saya akan membuka satu pejabat baru di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Taman Permata dan juga Taman Melewati dalam masa terdekat ini.
Kepada individu yang baru memulakan bisnes secara sepenuh masa ataupun separuh masa (part time) ataupun yang sudah memulakan bisnes dan memerlukan alamat pejabat yang strategik di Kuala Lumpur boleh mendapatkan khidmat pejabat Maya di pejabat baru saya itu.
Ini antara perkhidmatan yang disediakan bagi membantu individu bagi memulakan bisnes sendiri. Pelbagai perkhidmatan disediakan bagi membantu individu yang baru ingin bertapak.
Kadar sewa bergantung kepada fasiliti yang diperlukan oleh Tuan dan Puan. Sewa serendah RM 99 sebulan. Ianya membantu Tuan dan Puan mendaftar syarikat dengan alamat pejabat yang strategik.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh mengemelkan kepada saya di info@shamsuddinkadir.com ataupun sms nama ke 019-3001200 (hanya sms).
Insyaa-Allah saya akan memberi maklum balas selepas saya pulang dari kursus dua hari yang akan berakhir pada petang Isnin 19 Januari 2009.
Saya juga mengalu-alukan kepada Tuan dan Puan yang sudi mewarwarkan ataupun forward informasi ini kepada rakan-rakan Tuan dan Puan.
Shamsuddin Kadir
17 Januari 2009
7 comments on “Pejabat @ Office Untuk Disewa”