Insyaa-Allah syarat utama sebuah kenduri perkahwinan yang diberkati Tuhan yang mencipta sekelian alam adalah yang tidak mengandungi pembaziran.
- Ini bermakna pakaian yang dibuat ataupun ditempah adalah pakaian yang boleh dipakai semula selepas kenduri perkahwinan berakhir. Sama ada untuk ke pejabat ataupun bersiar-siar.
- Kad perkahwinan yang ditempah mesti mestilah sekadar memenuhi tujuannya, kerana kad itu hanya laku pada tarikh perkahwinan itu sahaja. Kad itu dibuang ke dalam tong sampah selepas tarikh itu, kerana sudah tidak berguna. Hanya maklumat seperti nama, alamat dan tarikh yang diperlukan di dalam kad tersebut. Kad yang berharga beberapa puluh sen sekeping sudah mencukupi.
- Tiada ‘buah tangan’ yang diberikan kepada tetamu yang tidak boleh diguna pakai, kerana ianya hanya satu pembaziran. Contohnya, pot pouri, tuala sebesar tangan sekadar hiasan, cawan hiasan, sudu hiasan. Hanya pemilik kedai aksesori perkahwinan yang membuat keuntungan di atas pembaziran tersebut.
- Tiada hiasan yang berlebihan ketika kenduri kahwin, sekadar membersihkan dalaman dan luar rumah. Jika ada bajet lebih, cukup sekadar mengecat rumah. Masih ramai orang yang tidak bernasib baik sedang menantikan bantuan kita bagi mengharungi hidup sebagai warga tua, anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya.
- Dulang hantaran dihadkan kepada maksimun 5 sahaja. Itupun sudah banyak.
- Jika dihadiahkan dengan sebentuk cincin emas kuning (yang harganya lebih stabil berbanding emas putih) sudah memadai, tidak perlu lagi hantaran lain yang hanya dilihat untuk ‘menunjuk-nunjuk’ dan banyak yang menimbulkan riak.
- Duit Hantaran ditukar kepada Mas Kahwin dan jumlah RM3,000 sudah lebih dari mencukupi. Jika ingin diberikan lebih, lebih baik gunakan duit mas kahwin itu bagi membayar down payment bagi sebuah apartmen ataupun rumah. Perjanjian pembelian rumah didaftarkan di atas nama pengantin perempuan sahaja. Letakkan perjanjian jual beli rumah itu di atas dulang sebagai ‘Mas Kahwin’ bersama RM1,00O yang sebaiknya dibank in ke dalam akaun pengantin perempuan selepas akad nikah.
- Elakkan membeli rantai, gelang bagi dihadiahkan kepada pengantin perempuan jika perbelanjaan itu memerlukan kita menanguhkan majlish pernikahan ataupun menyebabkan kita perlu berhutang.
- Buat keputusan untuk menikahi calon pengantin setelah mendapat petunjuk dari ‘Sembahyang Isthikarah’
- Tukarkan tajuk majlis perkahwinan kepada Kenduri Kesyukuran bagi meraihkan kedatangan ‘menantu’ dan bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa anak kita sudah bernikah dengan sah. Di mana tetamu di jemput untuk makan ‘FREE’ tanpa perlu membayar ‘cukai’.
- Tiada lagi muzik-muzik latar yang membuatkan gegendang telinga tetamu hampir pecah. Jika perlukan alunan muzik, dapatkan kaset yang hanya ada latar belakang muzik semata-mata, sekadar mencipta suatu suasana yang tenang dan ceria. Duit habis dibayar, tetapi tetamu asyik mengadu susah untuk berbicara dengan tetamu lain di majlis itu, kerana terlalu bising dengan muzik.
- Tempat persandingan… Jika merasakan tidak perlu lagi duit untuk dibelanjakan bagi membantu orang yang miskin, anak yatim, warga tua yang hilang tempat bergantung dan yang memerlukan duit untuk sesuap nasi.
- Tiada lagi kos mengupah mak andam ‘profesional’ yang menukarkan wajah seorang wanita normal kepada wajah pelakon opera cina. Sehingga hilang wajah asal pasangan berkahwin itu. Cukup sekadar kos mengadam yang asas.
Majlis kenduri perkahwinan yang diadakan seperti di atas, insyaa-Allah bebas dari sifat ‘Menunjuk-nunjuk ataupun riak’. Bukan sahaja tetamu yang akan gembira, pasangan pengantin, ibubapa, dan orang ramai juga gembira kerana tiada bebanan kerja yang melampau dan kos juga rendah tidak perlu berhutang.
Jika kita benar-benar ada duit ekstra, lebih baik kita gunakan bagi memberikan RM 10 ataupun RM50 bagi setiap orang yang menghadiri kenduri perkahwinan, itu sudah pasti akan dihargai oleh setiap tetamu sehingga ke akhir hayat mereka.
Maklumat di atas adalah hasil dari kajian peribadi dan pandangan yang telah diberikan kepada saya selama ini.
Sedih apabila melihat kenduri perkahwinan yang tidak berpijak di atas bumi Allah.
Akan disambung lagi. (Dialu-alukan sebarang diskusi atau pandangan dari Tuan dan Puan, agar kita semua mendapat manfaat yang terbaik dari setiap apa yang dibicarakan).
7 comments on “Majlis Perkahwinan Yang Berkat Bah. 1”