Hari ini kita dikejutkan dengan berita yang telah dijangka. Seramai 45,000 individu yang bekerja akan kehilangan jawatan dan gaji apabila mereka diberhentikan menjelang penghujung bulan Januari 2009.
Jika krisis kewangan berterusan pada tahun 2009, jumlah yang bakal hilang kerja adalah 140,000 orang. Siapakah yang akan termasuk di dalam senarai tersebut?
Membeli kereta baru sepanjang tahun 2009 mengunakan duit gaji satu tindakan berisiko, kecuali kereta yang benar-benar kita perlu dan pinjaman tidak lebih dari 4 tahun.
Tahun 2009 akan benar-benar menguji sebahagian wargakerja yang bakal terlibat dalam ‘musibah’ diberhentikan. Barah-barah kewangan seperti hutang melalui kad kredit, skim ansuran mudah dan pinjaman peribadi adalah antara hutang yang membuat manusia semakin lama semakin miskin.
Bagi yang bekerja di syarikat swasta yang ‘fragile’ iaitu mendapat kesan secara langsung dari keadaan ekonomi dapat meningkatkan skil baru dan juga menambah ilmu dalam urus wang.
Tahun 2009 adalah tahun di mana beberapa kos perlu dikurangkan antara adakag susu-susu anak yang berjenama tersohor dan juga tadika yang tidak menjamin seseorang itu bijak di luar dewan peperiksaan.
2 comments on “Lebih 140,000 Pekerja Akan Kehilangan Gaji”