Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan dan Puan yang dimuliakan oleh Allah,
Sejak dari penjajahan orang Israel ke atas tanahair Palestin, setiap masa kita mendengar manusia yang digelar Palestin dibunuh ataupun terbunuh.
Setiap ringgit keuntungan yang dimiliki oleh produk Israel ataupun produk negara lain yang secara terang menyumbangkan cukuai dan sumbangan kepada kerajaan Israel bagi membeli senjata membunuh orang Palestin.
Membeli produk ataupun menyokong servis yang disediakan oleh ‘Mereka yang membunuh’ adalah umpama kita menghalalkan apa yang Israel melakukan ke atas manusia lain yang tidak berdosa.
Sebagai orang Islam yang tulen kita tidak sesekali boleh (halal) menyokong produk mereka pada bila-bila masa, Ianya sudah tercatat di dalam buku panduan manusia iaitu Al-Quran.
Ketika ini masih ramai sahabat, jiran dan ahli keluarga kita yang masih terus membeli peluru-peluru yang membunuh dengan rakus insan yang tidak berdosa.
Semoga kita diberi hidayah yang jelas oleh Allah dalam memerangi musuh-musuh Allah sebagai tanda penghargaaan kita kepada Allah yang telah membuat keputusan bahawa kita dicipta sebagai manusia dan bukannya makhluk lain yang ada di dalam hutan. Ianya juga sebagai balasan kepada Allah yang memberi nikmat kepada kita dapat mengenal dan menyayangi kuasa yang telah menciptakan kita iaitu Allah. Tidak ramai yang bernasib baik menjadi hamba Allah yang mulia, seperti mana bapa saudara nabi yang nabi amat menyayangi itu mati dalam keadaan menderhaka kepada Allah.
Semoga setiap saat yang kita lalui adalah semata-mata mencari keredhaan Allah sepertimana yang dilafazkan oleh lidah kita setiap kali kita bersembahyang. “Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya semata-mata kerana Allah.”
Allah pasti menerima kita sebagai tetamu mulianya jika apa yang kita lafazkan sama dengan apa yang terpahat di hati kita dan apa yang kita pratikkan dalam kehidupan di dunia yang sebenar ini.