Harga Petrol Kembali Naik

Syukur pada ketika ini kita sedang menikmati subsidi minyak yang diberikan oleh kejatuhan kewangan global, di mana permintaan menurun. Harganya sekarang berada di bawah paras normal, dan ianya akan kembali kepada paras normal tidak lama lagi. Di jangka selewat-lewatnya pada pertengahan 2009, harga minyak akan naik dan kekal sekitar RM 2. 30 – RM 2.50 seliter. Ini boleh menyebabkan harga barangan lain turut naik, di mana kesannya akan ditangung oleh kita.

Ekonomi kita Insyaa-Allah akan berada di dalam keadaan yang lebih baik pada tahun 2009 apabila kita mula membuat beberapa persediaan. Antaranya adalah :

1. Bersihkan diri dan ahli keluarga dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk, gantikan dengan rendah ‘hati’

2. Timbulkan suasana kemestraan iaitu senyuman kepada semua hamba Allah yang tidak bermasalah

3. Tuliskan kota pulau yang kita ingin diami dan apa persiapan kita bagi memilikinya

4. Elak membeli kereta / Rumah idaman dengan mengunakan duit wang gaji bagi membayar ansurannya

5. Elak dari menimbulkan peperangan dengan Allah dan Rasul dengan melibatkan diri dengan transaksi ‘Riba’

6. Elak dari hidup bergantung 100% pada sejarah, sebaliknya 99% kita melakar sejarah ‘baik dan mulia’

7. Jika kita seorang pekerja, hiasi diri kita dengan kemahiran seperti ‘Kemahiran Berfikir Secara Kreatif’

8. Elakkan dari memasuki ataupun terjebak dengan pelbagai Skim Cepat Kaya

9. Elakkan mengambil kanser @ barah kewangan iaitu Skim Ansuran Mudah, Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi

10. Mulakan hidup di tahun 2009 dengan berbelanja di atas wang sendiri ‘Kad Debit’ dan elakkan, hentikan dari berbelanja mengunakan duit orang lain (hutang) seperti melalui Kad Kredit, Skim Ansuran Mudah dan Pinjaman Peribadi

11. Hentikan aksesori kereta yang membazir, jika kita menaiki kereta mewah seperti Porche, Ferarri, tiada seorangpun yang betul-betul ‘kaya’ yang menambah aksesori seperti skirting, lampu suluh bawah kereta…

12. Hentikan memiliki kereta yang kita tidak mampu. Mengikut  satu kajian orang yang meletak kenderaan mereka secara senget seperti memasuki ruang tempat letak bersebelahan, ataupun yang menyusahkan kenderaan disebelah untuk keluar dan masuk adalah orang yang memiliki kereta diluar kemampuan mereka.

13. Hentikan, hentikan, hentikan aktiviti riak dan menunjuk-nunjuk yang tidak membawa kepada kemajuan kepada diri, keluarga dan juga masyarakat kita. Fikirkan sambutan hari jadi, hari ulangtahun, majlis perkahwinan, dan banyak aktiviti yang perlu kita kaji bagi mengeluarkan elemen riak, menunjuk-nunjuk, pembaziran dan yang kedua terpenting adalah tiada kemajuan dalam kita hidup.

14. Sementara kesempatan yang ada kita boleh memilih sama ada untuk terperangkap dalam bebanan yang kita tidak boleh kawal dari luar, ataupun hidup sebebas-bebasnya dengan menjadi individu yang sentiasa bersedia.

4 comments on “Harga Petrol Kembali Naik”

  1. ijamidayu Reply

    Salam SIFU,

    Berguna sungguh tips2 nie untuk disebar luaskan.. Boleh mendapat kebenaran untuk ‘copy paste’ di blog sya? Tanpa meninggalkan hasil karya dan link SIFU..

    Sesuatu yg berguna buat saya dan semua..

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam saudara Ijamidayu,

    Silakan saudara bagi meluaskan penyebaran setiap apa yang boleh memberi kebaikan kepada masyarakat kita dengan memberikan kredit kepada halaman ini.

    Semoga ilmu yang bermanfaat yang disebarkan oleh saudara itu dilimpahi oleh Allah dengan jaminan Syurga yang tiada inflasi yang perlu ditangung. Amin.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *