Isu yang kurang disedari oleh sebahagian individu adalah sebahagian dari proses pembelajaran yang ada di luar sana hanya membantu kita ataupun anak-anak menjadi cerdik di dalam peperiksaan sahaja. Apabila ibubapa hanya mengutamakan keputusan peperiksaan bagi mengukur sejauh mana anak mereka cerdik, ianya mengundang pelbagai masalah di masa depan.
Anak-anak yang hanya score A ataupun yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah ataupun universiti belum pernah terbukti secara majoriti menjadi orang yang cerdik di luar dewan peperiksaan. Iaitu sebahagian besar dari mereka sebenarnya tidak menyerlah di dalam kehidupan realiti di dalam masyarakat.
Malaysia sudah merdeka melebihi 50 tahun, sehingga ke hari ini, belum ada pelajar yang mendapat semuanya A menjadi orang yang tersohor di dalam masyarakat. Di Amerika juga telah membuktikan seorang yang tidak lulus ujian IQ bagi memasuki universiti perubatan di Amerika terpaksa pergi belajar di Itali dan akhirnya beliau menjadi doktor pertama di dunia yang berjaya mencipta jantung mekanikal.
Majoriti orang yang ‘bijak di dalam dewan peperiksaan’ tidak menjadi orang yang juga bijak di dalam kehidupan harian. Kenapakah ianya berlaku?
3 comments on “Bijak Di Dalam Tetapi Bodoh Di Luar”