Banyak Orang Mengejar Mewah Dari Bahagia

Sejak 10 tahun yang lalu aktiviti skim-skim yang ke arah memberi peluang kepada banyak orang menjadi ‘kaya raya’ semakin bertambah banyak di pasaran. Di dalam flyer ataupun brosur yang diedarkan sudah pasti mengandungi gambar kereta mewah, rumah banglo mewah dan ciri-ciri simbol kemewahan yang lain.

Sudah pasti sebahagian individu yang mengejar duit dan bercita-cita memiliki kereta mewah, rumah mewah dan sebagainya akan terpersona dengan ‘janji-janji’ yang ditaburkan oleh pemilik, rakan kongsi dan orang yang ada kepentingan. Mereka mengunakan taktik mengoncangkan otak manusia yang tidak terkawal, di mana individu yang tiada asas perjuangan hidup terus terpedaya.

Hidup adalah satu ibadah, di mana setiap individu meletakkan ibadah sebagai landasan dalam meniti hidup sementara sewaktu singgah di planet bumi. Bagi menentukan manusia itu beribadah, gembira, tenang, ceria bukannya kereta mewah dan rumah banglo yang mewah. Nabi Muhammad (s.a.w) dan rakan-rakannya lain turut tidak terpesona dengan hidup yang diluar batasan iaitu bermewah-mewahan.

Apa yang diri kita perlukan adalah ilmu bagi membezakan yang mana adalah perlu bagi manusia dan apa yang perlu dijauhkan sebagai manusia, terutama manusia yang sudah diberi hidayah mengenal siapa yang telah menciptakan manusia.

Kenapa perlunya kereta mewah? Dan kenapa perlunya rumah mewah? Mewah tidak dapat menjamin kita hidup dalam keadaan bahagia, tenang dan ceria sepanjang masa. Mewah hanya menjanjikan riak dan menunjuk-nunjuk. Apabila bisnes sudah tidak menjadi, semua yang mewah-mewah itu ditarik balik, ke mana mereka hendak letakkan muka.

Banyak individu yang ada perjuangan hidup hidup dalam keadaan lebih sederhana dari orang yang sederhana walaupun kaya raya. Mereka nampak keperluan setiap individu mempunyai harta yang banyak, sumber pendapatan yang banyak, tetapi bukan untuk menikmati yang diluar batasan tetapi sekadar yang perlu bagi meneruskan hidup yang bahagia dan dirahmati oleh Tuhan.

Mengejar mewah membuatkan seseorang sudah tidak menghiraukan yang mana betul dan yang mana salah. Sehingga manusia yang suatu ketika dahulu normal sudah menjadi tidak normal kerana mewah. Antara kajian yang dibuat menyatakan penyedia skim cepat mewah dan orang yang menyertainya adalah berasal dari keluarga yang susah dan tidak pernah menikmati hidup yang senang ataupun kaya.

Ada sebahagian besar individu yang mengejar mewah terpaksa mengeluarkan lebih banyak duit supaya sebahagian kecil individu dalam kumpulan tersebut menjadi ‘kaya’ dan selebihnya menjadi ‘kayap’.

Kini, ramai individu menilai seseorang melalui jenis kereta yang dipandunya. Semakin mewah kereta yang dimiliki semakin tinggi tahap kecerdikan otaknya. Hanya individu yang diberi hidayah oleh Allah menilai sesorang berdasarkan ilmu yang ada dan dipratikkan oleh seseorang.

Mengejar mewah membuatkan kita letih, kerana semakin kita kejar semakin kita tidak gembira walaupun kita sudah memiliki rumah dan kereta yang mewah. Lihatlah orang yang hidup di dalam keadaan sedemikian, selama mana mereka dapat bertahan.

2 comments on “Banyak Orang Mengejar Mewah Dari Bahagia”

  1. pembaca buku sk Reply

    Salam Tuan,

    Saya selalu dinasihati oleh rakan karib agar menukar kereta baru iaitu kereta Honda City, memandangkan kereta saya dah lama walaupun masih kelihatan baru. Katanya rugi jika kita tak mengambil kesempatan ketika masih bekerja ini. Penat bekerja apa salah memiliki kereta yang mahal. Boleh dikatakan kerap kali beliau memberi usul tersebut kepada saya.

    Dulu memang saya rasa rendah diri juga kerana di kalangan kawan-kawan, saya seorang saja yang memiliki kereta sederhana sahaja. Tetapi bila saya celik ilmu kewangan perasaan tersebut telah lenyap didalam diri saya ini, dan sekarang memang bodoh lah saya jika saya tukar kereta lain sedangkan kereta saya masih cantik lagi walaupun dah tujuh tahun umurnya dan sekarang Alhamdulillah kereta saya jarang sekali meragam.

    Terima kasih Tuan kerana menulis buku-buku Tuan. Saya ni bukannya minat membaca, tetapi setelah diperkenalkan dengan buku-buku Tuan, telah terbit perasaan minat membaca didalam diri saya dan setiap hari ada saja buku-buku ilmu dan buku-buku agama yang saya baca.

  2. Pingback: Membina Dimensi Sebenar di www.shamsuddinkadir.com » Blog Archive » Mentee SK : Memilih Antara Dua Nasihat

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *