Kini, banyak ibubapa yang berlumba-lumba bagi memberikan ‘teknologi terkini’ kepada anak-anak supaya mereka menjadi individu yang berjaya di hari esok. Bekalan ilmu dalam bidang ICT dirasakan menjadi keperluan utama dalam memastikan anak-anak cemerlang di universiti dan di dunia pekerjaan.
Sudahkah ibubapa yang termasuk dalam kategori di atas membuat kajian ataupun semakan dengan ibubapa yang terlebih dahulu menyediakan prasarana ‘teknologi terkini’ kepada anak-anak mereka pada 20, 15, 10 ataupun pada 5 tahun yang lalu?
Apakah kesan yang telah dirasai oleh ibubapa terdahulu?
Anak-anak yang dilahirkan seolah sebuah hard disk yang baru dan kosong, ibubapalah yang menentukan sama ada hard disk itu perlu di isi dengan ‘virus kehidupan’ ataupun dengan ‘Antivirus kehidupan’.
Kos yang paling murah bagi mengetahui apakah kesannya adalah dengan ‘membaca dan bertanya’ pada orang yang telah melaluinya sebelum kita.
Sudahkah kita membuat perbandingan antara kos duit yang kita perlu tanggung hari ini bagi memberi lebihan teknologi terkini kepada anak-anak dan kos duit yang perlu kita tanggung apabila kita ‘terpaksa’ memperbetulkan apa yang tersilap dalam perancangan masa depan anak-anak.
“Lautan di luar sudah diredhai oleh orang yang terdahulu daripada kita, buat apa kita ingin meredahinya lagi, tanyalah pada orang yang telah meredahinya, supaya kita dapat mengelakkan bencana yang tidak sepatutnya”
Albert Einstein, Thomas Edison menjadi pakar tersohor walaupun sudah meninggal dunia. Adakah mereka bermula dengan limpahan teknologi yang diberikan oleh ibubapa mereka sewaktu mereka kecil?
Handphone, Playstation, Internet Game, Vidoe Game, MP3, Laptop, Internet, videocam, dan banyak lagi produk berteknologi tinggi yang ada di pasaran, mampukah kita memenuhi setiap produk tercanggih yang keluar dipasaran bagi diberikan kepada anak-anak, kerana apabila diberikan Handphone tercanggih pada hari ini, anak kita akan meminta handphone yang lebih canggih pada esok hari, apabila tidak diberi, ada anak yang berkata “Ayah nie kedekutlah, kawan semua pakai handphone baru itu, malulah nak jumpa mereka” – itu hanyalah sebahagian kecil daripada kesan yang menimpa ibubapa.
2 comments on “Video Game Untuk Pemikiran Anak-Anak”