Ubahsuaian Kereta Satu Pembaziran?

Awas, entri ini tidak sesuai dibaca bagi mereka yang suka berbelanja.

Semakin hari, semakin banyak kereta-kereta yang diubahsuai sama ada bagi lebih mencantikkan daripada kereta lain yang sama model dengannya ataupun bagi melajukannya.

Duit yang digunakan dari serendah RM 1,000 hingga berpuluh-puluh ribu, pelbagai aksesories yang dipasangkan kepada kereta-kereta yang biasa. Mengikut satu kajian,  pemilik kereta-kereta yang biasa iaitu bukannya kereta mewah yang lebih suka menghias kereta, kerana pemilik kereta mewah sudah merasakan kereta mereka sudah memiliki  segala keperluan yang sepatutnya iaitu laju dan sporty.

Baca juga di sini http://mazidul360.blogspot.com/2008/12/macam-macam.html

Jika aksesori  yang dipasang bagi menjimatkan petrol ataupun menambahkan lagi tahap keselamatan, sudah pasti ianya sesuatu yang menambahkan lagi manfaat kepada kita. Walau bagaimanapun kadangkala kita juga boleh melakukan sedikit ubahsuaian jika perlu bagi memenuhi keinginan selagi mana ianya tidak dianggap membazir.

Beberapa hari lalu ketika dalam perjalanan pulangan dari Kuala Lumpur mengunakan lebuhraya NKVE ke Shah Alam, saya amat terkejut dan sedikit gementar kerana saya mendengar satu bunyi yang amat kuat, seolah ada kereta yang sedang bergerak di belakang saya akan meletup, selepas menanti untuk seketika maka saya dapat melihat sebuah kereta Proton Satria yang bergerak di lane yang paling laju bergerak dalam keadaan bergerak perlahan.

Kadangkala ada di antara kita memikirkan, kenapa kita berbelanja lebih bagi aksesori dan ubahsuai kereta?

Ianya biasanya berlaku adalah disebabkan oleh dua sebab:

1. Kita minat mengubahsuai – hobi

2. Kita dikelilingi oleh kawan yang mengubahsuai kereta

Jika kita merasakan kita sudah berbelanja melebihi dari apa yang kita sepatutnya belanja bagi kereta kita, ini bermaksud kita sebenarnya kurang berminat dengan aktiviti mengubahsuai tetapi disebabkan pengaruh oleh kawan.

Individu yang suka mengubahsuai kereta mempunyai kawan yang disekelilingnya yang suka mengubahsuai kereta.  Kita yang tentukan kumpulan kawan yang bagaimana yang kita inginkan.

Bagi yang ingin mengelakkan dari membuat ubahsuai yang berlebihan,

Elakkan dari melawati kedai aksesori jika kita tiada keperluan yang munasabah bagi membelanjakan duit. Aksesori yang tidak perlu juga memberatkan kereta kita, sudah pasti penggunaan minyak akan menjadi lebih banyak.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *