Salam Tuan Shamsuddin kadir
Tahun lepas, saya pernah dinasihati oleh sahabat di pejabat agar jangan menggunakan lagi kad kredit, bahaya katanya. Nasihat beliau itu saya tidak endahkan langsung bahkan saya mengutuk beliau dengan perkataan yang kurang manis… po.. dah..
Tapi hari ini mata saya terbeliak melihat borang PH (Peristiharan Harta) beliau yang perlu dikemukakan kepada Jabatan di mana saya dapati wang simpanan beliau melebihi RM……..banyaknya.
Tahniah Tuan Sham, buku-buku tuan dan panduan-panduan yang tuan berikan telah berjaya menjadikan sahabat saya semakin kaya secara senyap.
Jika borang tersebut tidak tercicir pasti sampai hari ini saya tidak percaya apa yang beliau nasihatkan dulu.
Hari ini saya sudah berjumpa dengan beliau dan betul-betul tabik dengan keazaman beliau. Beliau berterima kasih kepada penulis buku Hidup Tenang walaupun Berhutang dan beliau masih menasihati saya jangan guna lagi kad kredit.
Tuntutlah ilmu kewangan agar kita dapat mencapai apa yang kita impikan.
Ishak.
—————————-
7 comments on “Tetamu SK: Nasihat Yang Diabaikan…Ruginya Saya”